MASJID RUMAH KEDUAKU
Thu 18 Safar 1446AH 22-8-2024ADLawatan Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Thu 23 Rabi Al Awwal 1446AH 26-9-2024ADAkademi Literasi Al-Quran Selangor telah menganjurkan Tahsin Fatihah sempena Masjid Negeri Turun Kampung di Masjid Jame’ At-Tuqo, Sg Sireh Tanjong Karang pada 7 Jun 2024 (Jumaat).
Tahsin bermaksud memperelok atau memperbaiki bacaan Al Quran, iaitu dari makhraj, sifat huruf, harakat dan cara waqaf bacaan. Surah al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat. Selain itu, banyak lagi kelebihan dan keistimewaan surah ini antaranya sebagai surah pembuka kepada kitab suci al-Quran serta ayat penyembuh dan penawar paling mudah untuk diamalkan.
Program ini berjalan dengan lancar serta kehadiran jemaah juga sangat memberangsangkan. Semoga dengan adanya program seperti ini, para jemaah dapat pengetahuan asas tentang al-Quran, dengan itu, kekeliruan dalam pembacaan al-Quran khususnya surah al-Fatihah dapat diperbetulkan.