
JADUAL KULIAH UMUM & DISKUSI DHUHA BULAN APRIL 2026
Wed 20 Shawwal 1447AH 8-4-2026AD
Sesi Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Selangor
Tue 4 Dhul Qidah 1447AH 21-4-2026AD


PUTRAJAYA, 1 April 2026 (Rabu)
Delegasi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Dato’ Shaharuddin Bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi membincangkan usaha memperkasa dakwah pelancongan Islam.
Delegasi diketuai S.F Dato’ Muhammad Farhan bin Wijaya, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) dan turut diiringi Datuk Azlie Halim selaku Penasihat Pembangunan Pelancongan MSSAAS, Ustaz Muhammad Shahrul Akbar Mohd Rafy, Ketua Unit Dakwah Domestik MSSAAS serta En Farid Fazuan Nurdin, Unit Pentadbiran MSSAAS.
Kunjungan yang berlangsung di Putrajaya itu bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara institusi masjid dan kementerian dalam memperkasa peranan masjid sebagai destinasi pelancongan Islamik yang berdaya saing.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah cadangan pengiktirafan modul serta garis panduan lawatan masjid sebagai rujukan standard kepada pelancong domestik dan antarabangsa.
Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai kerjasama pembangunan dakwah pelancongan yang lebih tersusun, termasuk penyediaan program interaktif dan pendidikan bagi memperkenalkan keindahan Islam kepada pelawat.
Perbincangan juga menyentuh penganjuran acara pelancongan Islamik seperti World Mosque Convention dan beberapa lagi program lain yang berpotensi menjadi tarikan utama, sejajar dengan usaha mempromosikan Malaysia sebagai hab pelancongan mesra Muslim terkemuka dunia.
Inisiatif berkenaan dilihat mampu memperkukuh peranan masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah, malah sebagai platform penyebaran ilmu, budaya dan nilai Islam kepada masyarakat global.



