Tahsin Al-Fatihah
Thu 23 Rabi Al Awwal 1446AH 26-9-2024ADBENGKEL FIRE DRILL MSSAAS
Thu 23 Rabi Al Awwal 1446AH 26-9-2024ADAkademi Literasi Al-Quran Selangor telah menerima lawatan daripada Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2 Julai 2024 hari Selasa.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan mendapatkan input mengenai Pengajian Bersijil yang dijalankan di bawah pengurusan Akademi Literasi Al-Quran Selangor yang boleh dijadikan panduan serta rujukan dalam memperkasakan pembangunan pendidikan Al-Quran di Pusat Islam UKM.
Lawatan ini diketuai oleh Dr Wan Haslan Khairuddin, Pengarah Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Abu Dardaa Mohamad, Timbalan Pengarah Pusat Islam UKM dan Ustaz Muhammad Tajuddin Abd. Rahim, Ketua Pentadbiran Pusat Islam UKM.
Rombongan disambut oleh Ustaz Abu Dzar bin Adanan, Pengurus Akademi Literasi Al-Quran Selangor dan kakitangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Harapan akademi semoga tujuan kehadiran dan perbincangan hari ini memberi manfaat yang besar buat akademi dan Pusat Islam UKM.