TAWARAN PENGAJIAN KITAB TURATH BERSIJIL 2024
Tue 3 Muharram 1446AH 9-7-2024ADHALAQAH TARANNUM MUJAWWAD
Tue 3 Muharram 1446AH 9-7-2024ADAkademi Literasi Al-Quran Selangor telah mengadakan Majlis Konvokesysen Kali ke-22
Akademi Literasi Al-Quran Selangor pada 11 Mei 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan
Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Exco
Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Yang Berhormat Tuan Dr Muhammad Fahmi
bin Ngah.
Majlis Konvokesyen pada tahun ini, telah menjangkau kali yang ke-22, seramai 956
orang pelajar dari Masjid Negeri dan masjid-masjid daerah negeri Selangor telah
menyertai pengajian bersijil dalam pelbagai bidang bagi sesi 2023, dan daripada jumlah
tersebut seramai 595 orang pelajar telah menamatkan pengajiannya dan layak
menerima sijil. Turut diraikan pada majlis ini, seramai 89 orang pelajar Latihan Intensif
Tilawah dan Hafazan Al-Quran yang telah menamatkan latihan mereka selama 5
bulan di Akademi Literasi Al-Quran Selangor.
Akademi Literasi Al- Quran Selangor komited untuk menyebar luaskan pengajian bersijil
ini, dengan mengambil tanggungjawab kepada ummah bagi mengekalkan objektif awal
penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai masyarakat yang celik Al-Quran.
Pengajian telah dikembangkan lagi pada tahun ini kepada 2 daerah iaitu di Masjid
Taman Padu Permai Sabak Bernam dan di Masjid Jamek Al-Amaniah Gombak
seterusnya menjadikan keseluruhannya 5 daerah di negeri Selangor.
Semoga segala usaha murni ini akan diterima sebagai amal soleh serta diberkati oleh-
Nya.