
MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-22 AKADEMI LITERASI AL-QURAN SELANGOR
Tue 3 Muharram 1446AH 9-7-2024AD
LAWATAN RASMI KE ISTANA SELANGOR 2024
Thu 5 Muharram 1446AH 11-7-2024AD
Akademi Literasi Al-Quran Selangor telah menganjurkan program Halaqah Tarannum
Mujawwad bersama Al-Qari Tuan Haji Che Yahaya bin Daud setiap minggu ke-4 hari
Jumaat dan Sabtu. Program ini bermula pada pukul 9.00 malam sehingga 11.30 malam
bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program
ini terbuka kepada qari dan qariah yang menguasai ilmu tarannum.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para qari dan
qariah untuk belajar secara talaqqi dan musyafahah daripada guru yang mutqin dan
mahir. Selain itu, para qari dan qariah dapat memahami ilmu- ilmu Tahsin al-Saut
(memperelokkan suara), ilmu tajwid, ilmu ketartilan bacaan, fasohah dan ilmu
tarannum.


