HALAQAH RAMADAN 1445H/2024M
Thu 14 Dhul Hijjah 1445AH 20-6-2024ADMAJLIS SAMA’ HADITH (DAURAH HADITH AKBAR)
Thu 14 Dhul Hijjah 1445AH 20-6-2024ADPada 08 April 2024 hari Isnin, Unit Dakwah Domestik telah menjalankan program Street Dakwah sempena bulan Ramadan Al-Mubarak. Street Dakwah merupakan salah satu usaha bagi mendekati masyarakat dan membuat kaji selidik berkaitan kefahaman agama dalam masyarakat majmuk. Seramai 08 orang kakitangan MSSAAS terlibat dalam program ini.
Program ini sangat unik kerana pihak MSSAAS berpeluang mendekati masyarakat diluar sana menggunakan pendekatan yang mesra dan santai supaya orang bukan Islam tertarik dan merasakan bahawa Islam itu indah.
Pihak MSSAAS juga berpeluang memberi ‘Kit Balik Kampung’ kepada penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan awam seperti bus dan sebagainya.
Semoga usaha murni ini akan diterima sebagai amal soleh serta diberkati oleh-Nya.