MAJLIS SAMA’ HADITH (DAURAH HADITH AKBAR)
Thu 14 Dhul Hijjah 1445AH 20-6-2024ADHAUL IMAM AL-HADDAD
Thu 14 Dhul Hijjah 1445AH 20-6-2024ADForum Wanita Mithali dibawah anjuran Puspanita Negeri Selangor dengan Kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah dilaksanakan pada 15 Mei 2024. Program ini berlangsung dari 9 Pagi sehingga 12 Tengahari. Program Forum Wanita Mithali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Setia Hajah Padiah binti Safian dan diberkati dengan alunan bacaan ayat al-Quran daripada Imam Syeikh Abdul Karim Omar. Di samping itu, program ini diserikan lagi dengan persembahan nasyid yang dibawakan oleh Kumpulan nasyid Dvision.
Program Forum Wanita Mithali ini diadakan dengan tujuan memberikan penghayatan serta pendedahan tentang pentingnya Wanita di dalam Islam bagi institusi kekeluargaan untuk menjadi contoh kepada ummat Wanita yang lain. Dengan pembawakan tajuk, “Srikandi Islam Idola Sepanjang Zaman”. Seramai dua orang ahli panel jemputan yang bijaksana dan berkaliber, Prof. Dr. Sharifah Hayaati dan Ustazah Muzayyanah Abdullah, dan juga diketuai oleh seorang moderator yang berwibawa iaitu Ustazah Noraini Mat Din.