Pengumuman

Khamis, 23/05/2013

-Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil MSSAAS Sesi 2012 (untuk para pelajar) akan diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani akan didadakan di Dewan Solat Bawah MSSAAS pada hari Khamis, 23 Mei 2013 jam 10.00 pagi. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
<TV_SELANGOR>

-Kelas Talaqqi Bersanad pada hari Khamis, 23/05/2013 akan ditangguhkan ke minggu lain. Harap maklum.

-Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk Peristiwa Isra’ Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar? Khutbah ini boleh dimuat turun menerusi pautan dibawah ini:
<KHUTBAH_JUMAAT>
Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Majlis Selawat Burdah akan diadakan pada hari Sabtu, 25/05/2013 selepas solat Isyak bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS dipimpin oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada 26 Mei 2013 selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS. Antara pengisiannya adalah solat sunat tasbih dan tausiah. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Blog (Siri ke-2) akan diadakan pada 25 & 26 Mei 2013 bertempat di Bilik Komputer, MSSAAS dari jam 8.00 pagi – 6.30 petang. Yuran adalah RM100 dan peserta mestilah berumur 12 tahun keatas serta telah membuka akaun Gmail. PENYERTAAN BOLEH MULA DIBUAT MULAI HARI SELASA, 7 MEI 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Fahmi ditalian 0193850851.

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 H ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan mengadakan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 13 Mei 2013 bersamaan 13 Rejab 1434hijrah hingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

 Resolusi 1024x768 menggunakan:

Indeks Artikel
Adab ke masjid
muka02
muka03
muka04
Semua Halaman

ADAB KETIKA PERGI KE MASJID 

 

ADAB KETIKA PERGI

1.       Memakai pakaian yang menutup aurat

2.       Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki ( al a’raf :31 )

 

ADAB KETIKA MASUK

1.       Masuk ke masjid dengan memulakan langkah kanan 

2.       Berdoa ketika masuk

أَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلطَانِهِ القَدِيمِ مِن الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ، اَللّهُمَّ اغْفِر لِي ذُنُوبِي وَافْتَح لِي أَبوَابَ رَحمَتِكَ

Aku berlindung dengan Allah yang maha besar dan dengan wajahnya yang mulia dan kekuasaanNya yang Qodim daripada gangguan syaitan yang direjam. Ya Allah ! ampinilah bagiku akan dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu

3.       Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid 

4.       dan keluar dengan langkah kiri serta berdoa sebagaimana yang di lakukan oleh Ibn Umar r.a. Daripada Aisyah r.a, ( riwayat Muslim ) sabda rasulullah saw :

إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك

Maksudnya : “ Apabila salah seorang kamu memasuki masjid maka hendaklah ia berkata : Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu. Dan apabila keluar hendaklah ia berkata : Ya Allah sesungguhnya aku memohon limpahan rahmatMu”



 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah