WACANA AL-QURAN ALAS
Wed 28 Safar 1445AH 13-9-2023AD
KULIAH DHUHA PERDANA TUAN GURU PROF. HJ. ABDUL SOMAD BATUBARA, LC., M.A., PH.D.,
Wed 28 Safar 1445AH 13-9-2023AD
WACANA AL-QURAN ALAS
Wed 28 Safar 1445AH 13-9-2023AD
KULIAH DHUHA PERDANA TUAN GURU PROF. HJ. ABDUL SOMAD BATUBARA, LC., M.A., PH.D.,
Wed 28 Safar 1445AH 13-9-2023AD

KUNJUNGAN HORMAT KE AKADEMI AL-QURAN NEGERI JOHOR & MASJID KOTA ISKANDAR

Pihak ALAS DAN AKTAR telah disambut oleh Tuan Haji Yosree Bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Taufik bin Dato’ Kiyai Haji A.Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Negeri Johor, dan pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Al-Quran Negeri Johor dan Masjid Kota Iskandar pada 7 Ogos 2023 hari Isnin. Kunjungan ini disertai bersama YM Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil Penolong Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) merangkap Ketua Penyelaras Akademi Taranum Negeri Sembilan (AKTAR) dan ahli rombongan daripada AKTAR.

Kunjungan hormat ke Akademi Al-Quran Negeri Johor adalah bertujuan untuk mengetahui kaedah latihan kepada peserta, pelaksanaan modul dan fasiliti di Akademi Al-Quran Negeri Johor dalam pada masa yang sama menjalin ukhuwah dan bertukar-tukar pandangan berkaitan pengurusan dan program-program pengimarahan masjid. Kunjungan telah diketuai oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pengurus ALAS, Ketua Unit Dakwah Domestik dan ahli unit ALAS.

Semoga pertemuan ini dapat menjadi wadah untuk memartabatkan Al-Quran dan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin dan sesama umat Islam di seluruh Malaysia.

YouTube
Instagram
Tiktok