LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. Acara perasmiannya pada 11 Mac 1988, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan telah menempa sejarah bukan sahaja kepada DYMM Sultan, tetapi juga kepada rakyat Selangor seluruhnya. Sebagai Ketua Agama, DYMM Sultan telah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dengan mengilhamkan pembinaan masjid ini. Masjid Negeri Selangor, pada masa kini merupakan masjid yang terbesar di Malaysia..Dengan menggabungkan seni bina Islam dan Melayu, masjid ini terdiri daripada tiga tingkat. Pejabat, bilik persidangan, bilik menyambut tamu dan bilik kuliah terletak di tingkat bawah dan dewan solat utama di tingkat satu.