Selasa, 18/06/2013
-Kuliah Maghrib hari ini akan disampaikan oleh Dr.Musa Fatullah Harun - Tasawuf. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kuliah Syarah Al-Hikam bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan diadakan pada hari Rabu, 19/06/2013 selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Bawah, MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Sesawang akan diadakan pada 22-23 Jun 2013. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan dibawah ini:
<BORANG & INFORMASI>
-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada hari Ahad, 23/06/2013 bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS selepas solat Maghrib. Antara pengisian program termasuklah Solat Sunat Tasbih, Tausiah dan Sesi Soal Jawab, Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Majlis Selawat Burdah dipimpin oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada hari Sabtu, 22 Jun 2013 selepas solat Isyak. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 hijrah ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan menganjurkan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis, sehingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.