Pautan Luar






Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

Paparan Terbaik


WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pengumuman

-Bacaan Surah Al-Kahfi akan diadakan setiap Jumaat jam 10 pagi bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS (selepas Diskusi Dhuha).

-Klinik Al-Fatihah anjuran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan diadakan setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah hari, bertempat di Pintu Utama & Pos Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Pada setiap hari Rabu, minggu pertama dan ketiga, kuliah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

-Talaqi Al-Quran bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali (Johan Qari Antarabangsa) akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

PEMANDU PELANCONG MSSAAS
Indeks Artikel
PEMANDU PELANCONG MSSAAS
Syarat Menjadi Ahli IOA-MTG
Semua Halaman

PENGENALAN

Keindahan senibina Islam khususnya melalui pembinaan masjid telah menjadi daya tarikan pelancong di seluruh dunia. Malaysia juga mempunyai beberapa buah masjid yang kaya dengan keindahan senibina Islam seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Disamping menikmati keindahan senibina Islam, para pelancong juga berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Islam. Menyedari potensi yang besar menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran dakwah kepada pelancong bukan Islam, Islamic Outreach ABIM (IOA) mengambil langkah proaktif menjalankan program Pemandu Pelancong Masjid pada tahun 2003.

OPERASI

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan Pengurusan Masjid memberi mandat untuk pihak Islamic Outreach ABIM bagi mengendalikan projek MTG ini sepenuhnya di Masjid. Projek ini dibawah pengurusan IOA dibantu oleh Ahli Jawatankuasa IOA-MTG, Koordinator dan Sukarelawan-Sukarelawan yang berminat.

 

IOA-MTG, MSSAAS

Projek Pemandu Pelancong Masjid/Mosque Tour Guide Islamic Outreach ABIM di MSSAAS (IOA-MTG) telah ditubuhkan pada tahun 2008. Setakat ini seramai 26 orang Sukarelawan yang bertugas sepenuh masa tanpa mendapat imbuhan. Seorang Koordinator telah dilantik untuk bertanggungjawab dalam pengurusan pengendalian sukarelawan dan jadual tugasan harian. Beliau akan melapor terus kepada Pengarah Projek IOA-MTG.

Jadual Bertugas :-

Isnin-Ahad Sesi pagi 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Sesi petang 2.00 petang hingga 6.30 petang

Jumaat Sesi pagi 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Jumaat Sesi petang 3.00 petang hingga 6.30 petang

Sukarelawan/Petugas diwajibkan bertugas sekali dalam seminggu tetapi digalakkan juga bertugas lebih mengikut kelapangan masa dan kemampuan.



 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah