
Sesi Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Selangor
Tue 4 Dhul Qidah 1447AH 21-4-2026ADTAHNIAH & SYABAS!
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melakar sejarah dalam Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja, pada Sabtu, 25 April 2026.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran daripada agensi-agensi kerajaan, jualan rahmah dan lain-lain.
Turut dilaksanakan adalah Seminar Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Masjid, yang menjadi acara julung kali diadakan di negara ini.
Perkara tersebut turut mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records dalam kategori Most Participants In A Health & Safety Training In A Mosque, dengan jumlah kehadiran 519 orang peserta yang terdiri daripada Nazir-nazir & Ahli Jawatankuasa Masjid, Kakitangan JAIS, Pelajar UITM, Kakitangan & Jemaah MSSAAS serta melibatkan 300 buah masjid dari seluruh Selangor.
Peserta-peserta diberikan pendedahan dengan tajuk yang telah dibentang oleh pakar-pakar yang terpilih :
1. Konsep Sad al-Dhara’i “Pencegahan awal risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan di masjid” yang disampaikan oleh YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor.
2. Keselamatan tanggungjawab bersama “Peranan masjid dan jemaah dalam era digital” yang disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Razif Bin Maidin, Pegawai Kanan Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontijen Selangor.
3. Keselamatan di rumah Allah “Satu amanah” yang disampaikan oleh PgKB II Ts. Mohamad Nazri Bin AR Azmi, Pegawai Operasi, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat.
4. Mensyukuri nikmat pendengaran yang disampaikan oleh Prof, Ir. Ts. Dr. Ahmad Asari Sulaiman, Pengarah Utechium.
Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja turut dirasmikan oleh YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina Binti Yon, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad, S.S Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Muhammad Farhan Bin Wijaya, S.F Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, YBrs. Haji Zulkifli Bin Yahaya, Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Selangor.
MSSAAS turut mendapat pengiktirafan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia sebagai masjid pertama di Malaysia yang menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seterusnya menjadi menanda aras bagi masjid-masjid dan sektor agama di negara ini.



















