
FESTIVAL TURATH ISLAMI SELANGOR 3.0 2025
Thu 15 Muharram 1447AH 10-7-2025AD








16 Julai 2025
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) telah menerima kunjungan hormat daripada Masjid Putra, Putrajaya. Lawatan seramai 12 orang di ketuai oleh Sahibul Fadhilah Dr Muhamad Zakuwa Bin Rodzali Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya.
Kunjungan ini dibawa melawat ke Menara Pelancong, Bilik Audio Visual Akademi Literasi Al Quran Selangor, Bilik Imam, dan seterusnya ke bangunan Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam Shah Alam.
Kunjungan inj amat bermakna dan membuka ruang perbincangan yang serius bagi meningkatkan tatakelola yang baik berkaitan pengurusan dan pentadbiran, dakwah pelancongan, serta pengurusan kewangan. Semoga hubungan erat di antara kedua-dua Masjid yang menjadi mercu syiar Islam di Selangor dan Wilayah Persekutuan ini akan meningkatkan lagi kewibawaan dalam memperkasakan tatakelola yang baik.