
JADUAL KULIAH UMUM & DISKUSI DHUHA JUN 2025
Thu 9 Dhul Hijjah 1446AH 5-6-2025AD
MAJLIS IBADAH KORBAN 1446H
Tue 14 Dhul Hijjah 1446AH 10-6-2025AD







Lawatan rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pejabat Negeri Selangor ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diadakan pada 22 Mei 2025 bersamaan 24 Zulkaedah 1446H.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan strategik antara institusi agama dan agensi kerajaan dalam memperkasa agenda digital dan komunikasi Islam.
Objektif Lawatan
- Menjalin kerjasama antara MCMC dan pihak pengurusan masjid dalam aspek penyampaian maklumat secara digital.
- Melihat secara dekat kemudahan ICT dan infrastruktur digital yang digunakan di masjid negeri.
- Membincangkan potensi program bersama seperti keselamatan siber dan literasi digital komuniti.
Aktiviti Sepanjang Lawatan
Ucapan daripada Dato’ Muhammad Farhan Bin Wijaya , Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Tuan Haji Mohd Faisal Md Nor , Pengarah Kanan MCMC Wilayah Kanan
Taklimat ringkas mengenai peranan dan fungsi masjid dalam penyampaian dakwah era digital.
Lawatan ke fasiliti masjid termasuk ruang penyiaran khutbah multimedia , studio , dewan solat utama , menara , perpustakaan , bilik audio visual , bilik latihan dan lain-lain.
Perbincangan dua hala antara pihak masjid dan MCMC mengenai kolaborasi masa hadapan.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pertukaran cenderamata sebagai simbolik penghargaan dan komitmen kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak. Diharapkan lawatan seperti ini dapat menjadi platform kepada integrasi teknologi dan agama secara harmoni demi kemaslahatan ummah.