
JADUAL KULIAH UMUM & DISKUSI DHUHA MEI 2025
Fri 11 Dhul Qidah 1446AH 9-5-2025AD
JADUAL KULIAH UMUM & DISKUSI DHUHA JUN 2025
Thu 9 Dhul Hijjah 1446AH 5-6-2025AD“MASJID NEGERI TURUN KAMPUNG” DI MASJID NURUL FALAH, SEKINCHAN
Tarikh: 23 – 25 Mei 2025
Tempat: Masjid Nurul Falah, Sekinchan
Anjuran: Masjid Negeri Selangor dengan kerjasama Masjid Nurul Falah Sekinchan, UniKlinik, Jabatan Mufti Negeri Selangor , Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia , GOwash dan agensi-agensi berkaitan.
Program “Masjid Negeri Turun Kampung” yang berlangsung selama tiga hari di Masjid Nurul Falah, Sekinchan telah berjaya menarik penyertaan ramai penduduk setempat dari pelbagai lapisan masyarakat. Program ini bertujuan mendekatkan institusi masjid dengan komuniti melalui pelbagai aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan pendidikan.
Antara aktiviti utama yang dianjurkan termasuk Tazkirah Jumaat Khas, Bengkel Falak & Semakan Arah Kiblat, Kuliah Maghrib Khas, Kuliah Subuh Khas, Forum Perdana, Klinik Tahsin Al-Fatihah, serta program Bubur Lambuk Istimewa dari Masjid Negeri. Selain itu, program “We Care We Share”, azan dan solat fardhu berjemaah bersama imam dan bilal Masjid Negeri turut memeriahkan suasana.
Aktiviti sampingan seperti Pertandingan Mewarna, ExploRace, Demonstrasi Bomba, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Memanah, dan pelbagai acara interaktif lain juga mendapat sambutan hangat, terutamanya daripada golongan muda dan kanak-kanak.
Program ini telah memberikan impak positif kepada komuniti setempat, mengukuhkan hubungan antara pihak masjid dan masyarakat serta memperkasakan peranan masjid sebagai pusat pembangunan ummah secara holistik.














