QIAMULLAIL MUNAJAT ARAFAH
Fri 8 Dhul Hijjah 1445AH 14-6-2024ADHALAQAH RAMADAN 1445H/2024M
Thu 14 Dhul Hijjah 1445AH 20-6-2024ADMerupakan sebuah program tahunan yang wajib dilakukan oleh MSSAAS saban tahun. Tarbiah Ramadan adalah sebuah program bertujuan untuk mendidik umat Islam berkongsi rezeki di bulan mulia di samping mentarbiah dan mendisiplinkan diri demi mengharungi hari yang lapar dan dahaga dalam menghayati bagaimana kehidupan seseorang yang kurang bernasib baik.
Tarbiah Ramadan 2024 berlangsung bermula daripada malam 10 Mac 2024 sehingga 8 April 2024. Di dalam Program Tarbiah Ramadan 2024, Unit Pembangunan Ibadah mengetuai Program Sahur dan Berbuka Puasa, lebih daripada 3300 pek makanan sehari diagihkan kepada para Jemaah yang merangkumi waktu Sahur, Berbuka dan Moreh. Tarbiah Ramadan juga membuka ruang kepada para Jemaah Masjid Negeri Shah Alam untuk turut bersama-sama melaksanakan ibadah Tarawih dan Witir. Program ini juga menyediakan fasiliti kepada para jemaahnya seperti Klinik Ramadan dan Tayangan Video Kanak-kanak di Dewan Seminar Masjid.