IBADAH KORBAN 1444H
Wed 28 Safar 1445AH 13-9-2023AD
KUNJUNGAN HORMAT KE AKADEMI AL-QURAN NEGERI JOHOR & MASJID KOTA ISKANDAR
Wed 28 Safar 1445AH 13-9-2023AD
IBADAH KORBAN 1444H
Wed 28 Safar 1445AH 13-9-2023AD
KUNJUNGAN HORMAT KE AKADEMI AL-QURAN NEGERI JOHOR & MASJID KOTA ISKANDAR
Wed 28 Safar 1445AH 13-9-2023AD

WACANA AL-QURAN ALAS

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberdaya pembacaan al-Quran di Negeri Selangor berpandukan Riwayat Hafs ‘An ‘Asim menurut Tariq Syatibiyyah dan menekankan pembacaan al-Quran yang berkualiti dengan mengutamakan makhraj dan sifat huruf, kesempurnaan dengung serta keseragaman bacaan mad di kalangan imam-imam, guru-guru al-Quran disekolah, pemegang tauliah D3 (Al-Quran) dan umat Islam di Negeri Selangor.

Akademi Literasi Al-Quran Selangor telah menganjurkan program Wacana Al-Quran pada 12 Julai 2023 hari Khamis. Penceramah jemputan ialah Dr.Norazman Bin Alias, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM telah membentangkan berkenaan Pengenalan Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq As-Syatibiy untuk slot 1. Manakala slot ke-2 ialah Bacaan Khusus Bagi Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah. Penceramah jemputan yang kedua ialah Dr. Abdul Muhaimin bin Ahmad, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM telah membentangkan berkenaan Pengenalan Ilmu Waqaf dan Ibtida’ untuk slot ke-3 dan slot ke-4 ialah Kaedah Asas Waqaf dan Ibtida’. Program ini disertai seramai 350 orang peserta yang terdiri di kalangan pemegang tauliah D3 (Al-Quran) daerah Petaling dan Klang, wakil
guru-guru KAFA semua daerah dan orang awam

YouTube
Instagram
Tiktok