Sejarah

Sejarah Pembinaan

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah:
  • Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.
  • Masjid ini mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.
  • Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.
  • Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia berupaya menampung 24000 jemaah pada satu masa, dengan kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk majlis akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang luas.
1988

Tahun Ditubuhkan

24000

Kapasiti Masjid

Lambang Keagungan Islam

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. 

Acara perasmiannya pada 11 Mac 1988, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan

Sebagai Ketua Agama, DYMM Sultan telah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dengan mengilhamkan pembinaan masjid ini. Masjid Negeri Selangor, pada masa kini merupakan masjid yang terbesar di Malaysia..Dengan menggabungkan seni bina Islam dan Melayu, masjid ini terdiri daripada tiga tingkat. Pejabat, bilik persidangan, bilik menyambut tamu dan bilik kuliah terletak di tingkat bawah dan dewan solat utama di tingkat satu.

Ringkasan Sejarah

  • 1975Arahan pembinaan

    Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya
  • 1975Tarikh Arahan

    Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri Selangor)
  • 1975Arahan kepada

    Jurubina Bertiga
  • 1977Tarikh diamanahkan

    Awal tahun 1977
  • 1980Perletakan Batu Asas

    Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980.
  • 1983Tarikh pembinaan

    1 Oktober 1983
  • 1987Tarikh Sempurna

    15 Ogos 1987
  • 1987Tarikh Digunakan

    3 Disember 1987 (hari khamis)
  • 1988Tarikh Dirasmikan

    11 Mac 1988
 

Fakta Menarik Mengenai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

1

Masjid terbesar di Malaysia.

2

Kubah masjid yang terbesar di Malaysia.

3

Menara tertinggi di Malaysia.

4

Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid.

5

Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.

6

Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.