Soalan Lazim

Soalan Lazim

Soalan lazim mengenai tentang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
1Bilakah waktu operasi Kaunter Pengurusan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ?
Kaunter Pejabat Pengurusan MSSAAS beroperasi 5 hari seminggu (Isnin – Jumaat). Waktu operasi bermula dari jam 08:00 Pagi hingga 04:30 Petang. Manakala waktu rehat pada jam 01:00 – 02:00 Petang ( Isnin – Khamis ) dan Jumaat pada jam 12.15 – 2.45 Petang.
2Bagaimanakah cara untuk menghantar surat permohonan tempahan fasiliti MSSAAS ?
Surat permohonan tempahan fasiliti MSSAAS boleh dihantar ke alamat berikut: S.F Imam Besar Pejabat Pengurusan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Tingkat 1, Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam Shah Alam, Persiaran Masjid, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. atau emelkan kepada mssaas@jais.gov.my No.telefon : 03-55238006
3Apakah prosedur untuk membuat tempahan Bilik Nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ?
Untuk membuat tempahan Bilik Nikah, sila hadir ke kaunter Pejabat Pengurusan MSSAAS bagi urusan tempahan dan pembayaran sewaan Bilik Nikah tersebut.
4Adakah dibenarkan untuk membuat jamuan makan setelah majlis pernikahan selesai ?
Tidak dibenarkan untuk membuat jamuan makan setelah majlis pernikahan selesai.
5Dimanakah saya boleh mendapatkan tandatangan Penolong Pendaftar Perkahwinan bagi urusan pengesahan borang nikah ?
Sila rujuk pautan berikut : https://www.mssaas.gov.my/urusan-perkahwinan/ untuk senarai Penolong Pendaftar Perkahwinan MSSAAS bagi urusan temujanji dengan Pendaftar Nikah MSSAAS.
6Apakah prosedur untuk membuat tempahan Dewan Jamuan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ?
Sila hadir ke kaunter Pejabat Pengurusan MSSAAS bagi urusan tempahan dan pembayaran sewaan Dewan Jamuan.
7Bagaimanakah cara untuk memohon pulangan wang cagaran tempahan Dewan Jamuan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan apakah dokumen sokongan yang diperlukan?
Sila hadir ke kaunter Pejabat Pengurusan MSSAAS dengan membawa bersama dokumen sokongan seperti berikut :- a) Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon. (nama sama seperti di dalam resit asal bayaran wang cagaran) b) Satu (1) salinan penyata akaun bank yang terkini. c) Resit asal bayaran wang cagaran
8Bagaimanakah cara untuk membuat pengesahan Borang Permastautin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ?
Sila hadir ke kaunter Pejabat Pengurusan MSSAAS dan alamat pemohon hendaklah berada di dalam kariah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kariah di bawah MSSAAS iaitu Seksyen 4,6,8,9,10,11,12,14 dan U11. Sila bawa bersama dokumen sokongan yang lengkap seperti di dalam senarai semak.
9Berapakah kadar sewaan fasiliti di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ?
Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut berkaitan kadar sewaan fasiliti MSSAAS https://www.mssaas.gov.my/sewaan-fasiliti/ .
10Apakah jenis bantuan yang ada di MSSAAS
Bantuan one off secara tunai atau barangan keperluan.
11Bagaimana cara memohon bantuan?
Boleh terus ke pejabat pentadbiran masjid (waktu pejabat) untuk membuat permohonan
12Waktu Operasi Perpustakaan Masjid
Hari Isnin – Khamis Jam 9 Pagi - Jam 12 Tengahari dan 2.30 Petang - 4.00 Petang Jam 8.00 Malam Hingga Jam10.00 Malam Jumaat Jam 9 Pagi Hingga Jam 12tengahari dan 2.45 Petang Hingga 4.00 Petang Jam 8.00 Malam Hingga Jam10.00 Malam Ahad Dan Cuti Umum Tutup
13bagaimana cara mendapatkan akses internet di masjid?
cari wifi mssaas_guest , tiada kata laluan diperlukan.
14Siapa pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pengurusan jenazah?
J : Pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pengurusan jenazah adalah seperti berikut : i) Ustaz Mohd Shakir bin M. Salih (019 - 3406119) Ketua Pengurusan Jenazah Lelaki ii) Muhammad Faiz bin Mah Pot (010 - 2574392) Pemandu Van Jenazah iii) Afida binti Zainudin (012-3851858) Ketua Pengurusan Jenazah Perempuan
15Berapakah tempoh bayaran pulang balik deposit cagaran?
Tempoh bayaran pulang balik deposit cagaran adalah selewat-lewatnya 30 hari bekerja dari tarikh permohonan.
16Bagaimana cara untuk membayar penuh sewaan Dewan Jamuan MSSAAS setelah membayar deposit di kaunter pentadbiran?
Tuan/puan boleh membayar secara tunai di kaunter pentadbiran MSSAAS atau membuat pindahan terus ke akaun CIMB Islamic (Bendahari Negeri Selangor No akaun: 8603252659) dan email resit pindahan ke kewanganmssaas@gmail.com
17Bagaimana cara untuk membayar sewaan Bilik Nikah, Dewan Seminar atau Bilik Kuliah?
Tuan/puan boleh membayar secara tunai di kaunter pentadbiran MSSAAS atau membuat pindahan terus ke akaun Affin Islamic 106640016112 (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) dan email resit pindahan ke kewanganmssaas@gmail.com
18Bagaimana cara buat aduan kerosakan (paip,lift,elektrik)?
Aduan boleh dibuat melaui pejabat pengurusan,WhatsApp rasmi atau borang aduan di lobi. Pasukan teknikal akan respon dalam 24 jam.
19Apa tindakan sekiranya berlaku kebakaran?
Ikut plan laluan kecemasan yang ditampal di setiap tingkat,jangan gunakan lif,dan berkumpul dikawasan lapang perhampiran pondok pengawal.
20Apakah kuliah/pengajian yang boleh diikuti oleh jemaah?
Kuliah / Pengajian Hari Masa Majlis Ta’lim bersama Ustaz Muhadir Haji Joll Jumaat (Minggu 1 & 3) 8.30 – 10.30 pagi Pengajian Kitab Hikam bersama Habib Ali Zaenal Abidin Sabtu (Minggu 3) 7.45 – 10.00 malam Kuliah Dhuha Isnin - Jumaat 8.30 – 10.00 pagi (Rujuk Jadual Kuliah) Kuliah Subuh Ahad Selepas Solat Subuh (Rujuk Jadual Kuliah) Kuliah Maghrib Isnin – Ahad (Kecuali Khamis) Selepas Solat Maghrib (Rujuk Jadual Kuliah)
21Bagaimana nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan jadual pengajian/kuliah di MSSAAS?
Boleh rujuk Platform Media Sosial MSSAAS (Facebook, Instagram, Telegram) Unit Dakwah Domestik : 03 5523 8006
22Bagaimana cara memohon untuk mengadakan lawatan rasmi ke MSSAAS?
Semua permohonan mestilah melalui surat rasmi dan sila nyatakan tarikh, bilangan peserta, masa dan nombor pegawai yang boleh dihubungi.
23Bagaimanakah cara untuk pelancong membuat lawatan ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ?
Para pelancong boleh membuat pendaftaran di Pusat Pelancongan MSSAAS / Tourist Centre yang disediakan. Pemandu pelancong iaitu Masjid Negeri Selangor Guide (MNSG) sedia membantu para pelancong yang ingin melakukan lawatan di dalam dan luar masjid. Buggy juga disediakan bagi memudahkan para pelancong bergerak dan melawat kawasan sekitar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
24Apakah pengajian/ subjek yang ditawarkan oleh Akademi Literasi Al Quran Selangor ??
Talaqi Al-Quran Asas Talaqi Al-Quran Lanjutan Tinggi Bahasa Arab Asas Pengajian Islam Taranum Al-Quran
25Bilakah waktu/ sesi pengajian dijalankan?
Isnin & Rabu 5.00-7.00 Petang Isnin & Rabu 8.00-10.30 Malam Selasa & Jumaat 5.00-7.00 Petang Selasa & Jumaat 8.00-10.30 Malam
26Berapakah yuran yang dikenakan?
Boleh rujuk iklan di Facebook Akademi Literasi Al-Quran Selangor dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah