Soalan Lazim

Soalan Lazim

Soalan lazim mengenai tentang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
1Adakah MSSAAS menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti?
MSSAAS ada menyediakan kemudahan tersebut , jika ingin membuat sewaan sila berhubung dengan Unit Pengurusan di talian 03-55238006 bagi mendapatkan keterangan lanjut.
2Bagaimana cara untuk sewa kemudahan fasiliti ini ?
Semak tarikh dan masa penggunaan dengan pihak pengurusan MSSAAS, jika ada kekosongan isi borang tempahan dan buat bayaran. Bagi kemudahan lain selain bilik nikah, pengguna hendaklah membuat surat terlebih dahulu.
3Berapa harga sewaan kemudahan fasiliti ini ?
Kemudahan Harga
Bilik Nikah RM300
Bilik Kuliah RM250
Bilik Meeting MSSAAS Rm250
Dewan Makan VIP Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah RM 500
Melati 1&2 RM400
melati 3,4&5 RM200
Auditorium Dahlia. RM3000
Dewan Orkid. RM4000
Bilik VIP Dewan Orkid RM500
Dewan Jamuan 5000+1000
Bilik VIP Dewan Jamuan RM 500
4Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya jabatan saya ingin membuat lawatan rasmi ke MSSASS?
Untuk mengadakan lawatan rasmi, anda boleh menghantar surat permohonan kepada Unit Dakwah dan Domestik, Pejabat Pengurusan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tingkat 1, Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam Shah Alam, Persiaran Masjid, Seksyen 14, Shah Alam Selangor atau e-mel mssaassa@jais.gov.my. Sila berhubung dengan Unit Dakwah dan Domestik ditalian 03-55238006 bagi mendapatkan keterangan lanjut.