
DAURAH KITAB RISALAH AL-IQAZ
Tue 18 Safar 1447AH 12-8-2025AD





Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) telah menerima anugerah “Best Islamic Tourism Venue” sempena Tourism Industry Awards 2025 yang berlangsung di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel.
Anugerah berprestij anjuran MITDA dengan kerjasama Tourism Selangor dan Santai Travel ini telah menghimpunkan para peneraju industri pelancongan dalam dan luar negara. Sebanyak 117 anugerah daripada pelbagai kategori telah diberikan pada malam yang penuh bersejarah ini.
Pengiktirafan ini mengangkat MSSAAS sebagai peneraju dakwah pelancongan Islam seiring dengan misi MSSAAS iaitu untuk menjadikan Masjid Negeri sebagai masjid terbaik, terindah, menjadi contoh bertaraf dunia dan menjadi lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi negeri serta diredhai oleh Allah SWT.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, yang mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri. Turut hadir YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.