
LAWATAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC) NEGERI SELANGOR KE MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Tue 14 Dhul Hijjah 1446AH 10-6-2025ADAlhamdulillah, Majlis Ibadah Korban sempena 10 Zulhijjah 1446H telah berlangsung dengan penuh tertib dan meriah di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025.
Pada tahun ini, sebanyak 26 ekor lembu telah dikorbankan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajjah Norashikin telah berkenan untuk menyertai ibadah korban bersama para jemaah.
Seramai 1,500 orang awam telah menerima agihan daging korban yang diagihkan secara teratur dan bersistematik. Agihan termasuk kepada asnaf kariah MSSAAS, para peserta, dan masyarakat setempat. Ibadah korban ini dilaksanakan bukan semata- mata untuk niat bersedekah tetapi suatu ibadah untuk me dekatkan diri kepada Allah, meningkatkan ketaqwaan, dengan mengorbankan harta, meninggalkan nafsu yang buruk, serta keazaman dan keyakinan yang tinggi untuk patuh kepada ajaran Islam.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj, ayat 37:
“Daging dan darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu.”
(Surah Al-Hajj: 37)
Majlis ini telah dijayakan hasil kerjasama erat antara pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Management and Science University (MSU) serta barisan sukarelawan dari pelbagai agensi dan komuniti setempat. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak
Untuk memeriahkan suasana dan menggalakkan penyertaan keluarga, turut diadakan beberapa aktiviti santai dan mendidik untuk kanak-kanak, antaranya:
🎨 Pertandingan Mewarna
🖌 Aktiviti Sand Art
🎈 Permainan Interaktif Soopa Doopa
Aktiviti ini mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa dan anak-anak, sambil mereka menjadikan masjid sebagai rumah ke -2, mempelajari nilai pengorbanan dalam Islam secara santai dan menyeronokkan.
Penutup
Majlis Ibadah Korban ini bukan sekadar ibadah, tetapi juga platform mengeratkan ukhwah sesama masyarakat dan memupuk semangat gotong-royong. Semoga segala amalan korban kita diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan hidup dunia dan akhirat.

















