
HAUL IMAM AL-HADDAD
Thu 14 Dhul Hijjah 1445AH 20-6-2024AD
LAWATAN DARI PERPUSTAKAAN MASJID ASY-SYARIF, MERU KLANG
Thu 14 Dhul Hijjah 1445AH 20-6-2024AD




Unit Pembangunan Ibadah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan “Kursus Pengurusan Jenazah” pada 19 Mei 2024 (Ahad). Kursus ini telah berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam. Penceramah kursus tersebut ialah Ustaz Mohd Shakir bin M. Salih, Pengurus Pengurusan Jenazah MSSAAS. Beliau telah membentangkan tajuk berkenaan “Pengenalan dan Tatacara Pengurusan Jenazah dan Ahkamul Jenazah”.
Kursus ini telah disertai oleh seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada kalangan Jemaah Masjid di sekitar negeri Selangor. Pada sesi petang, peserta kursus telah mengikuti sesi praktikal bersama fasilitator yang terdiri daripada Pasukan Pengurusan Jenazah MSSAAS. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai ilmu Fardhu Kifayah pengurusan jenazah dari awal persediaan sehingga ke pengebumian jenazah.





