SOALAN LAZIM TENTANG MSSAAS

Adakah MSSAAS menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti?

MSSAAS ada menyediakan kemudahan tersebut , jika ingin membuat sewaan sila berhubung dengan Unit Pengurusan di talian 03-55238006 bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Bagaimana cara untuk sewa kemudahan fasiliti ini ?

Semak tarikh dan masa penggunaan dengan pihak pengurusan MSSAAS, jika ada kekosongan isi borang tempahan dan buat bayaran. Bagi kemudahan lain selain bilik nikah, pengguna hendaklah membuat surat terlebih dahulu.

Berapa harga sewaan kemudahan fasiliti ini ?

Kemudahan Harga
Bilik Nikah RM500
Bilik Kuliah RM200
Auditorium Dahlia. RM2000
Dewan Orkid. RM4000

Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya jabatan saya ingin membuat lawatan rasmi ke MSSASS?

Untuk mengadakan lawatan rasmi, anda boleh menghantar surat permohonan kepada Bahagian Dakwah dan Ziarah, Pejabat Pengurusan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tingkat 1, Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam Shah Alam, Persiaran Masjid, Seksyen 14, Shah Alam Selangor atau e-mel mssaassa@jais.gov.my. Sila berhubung dengan Bahagian Dakwah dan Ziarah ditalian 03-55238006 bagi mendapatkan keterangan lanjut.