Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pautan Luar





Paparan Terbaik


Pengumuman

-Bacaan Surah Al-Kahfi akan diadakan setiap Jumaat jam 10 pagi bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS (selepas Diskusi Dhuha).

-Klinik Al-Fatihah anjuran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan diadakan setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah hari, bertempat di Pintu Utama & Pos Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Pada setiap hari Rabu, minggu pertama dan ketiga, kuliah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

-Talaqi Al-Quran bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali (Johan Qari Antarabangsa) akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Smart Khalifah 2017
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   

SHAH ALAM 11 November - Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, pihak MSSAAS akan menganjurkan  Program Smart Khalifah sesi 2/2017 yang bakal berlangsung pada 27 November 2017 hingga 21 Disember 2017 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS). Program khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah ini boleh didaftar di Kaunter Pejabat Pentadbiran MSSAAS. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Sabtu, 11 November 2017 dan yuran yang dikenakan hanyalah RM300 bagi setiap peserta.Pihak Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menerima seramai 474 penyertaan  yang terdiri daripada kalangan  pelajar  yang  berumur di antara 7 hingga 17 tahun.

Program tersebut yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang berusia dari umur 7 hingga 17 tahun berkaitan kepentingan jati diri yang perlu ditanamkan dalam diri setiap insan. Perlaksanaan program ini juga adalah salah satu usaha bagi membantu remaja supaya tidak terjebak dengan gejala-gejala yang kurang sihat memandangkan terlalu banyak pengaruh – pengaruh negatif yang melibatkan remaja dan kanak - kanak. Program Smart Khalifah ini juga salah satu medium kepada ibu bapa untuk memastikan anak – anak mereka mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti  Program Hafazan Al-Quran, Pendidikan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, Akhlak, Tauhid dan  lawatan sambil belajar  ke tempat – tempat yang  menarik. Semoga program yang dijalankan ini dapat mendidik remaja menjadi insan yang lebih baik.


 

 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah