Pengumuman

Jumaat, 29/08/2014

-Alhamdulillah, InsyaAllah hari ini akan diadakan Majlis Syahadah 7 orang saudara baru selepas solat jumaat di Dewan Solat Atas MSSAAS.

-Bicara Addin bersama penceramah jemputan Prof. Dr. Mohd Amin akan diadakan pada hari Sabtu 30 Ogos 2014 pada jam 6.45 pagi bertempat di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57, satu Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat akan diadakan pada hari Jumaat 29 Ogos 2014, bersamaan 3 Zulkaedah 1435 Hijrah. Majlis akan bermula pada jam 12 tengahari, bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Kelas Talaqqi Al-Quran Bersanad akan diadakan pada awal bulan September 2014 pada setiap Khamis selepas solat fardhu Isyak. Kelas akan dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azizan Bin Man, mantan imam Masjid Al-Falah USJ 9.

-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani akan diadakan pada hari Khamis, 04/09/2014 jam 10 pagi di Dewan Solat Bawah MSSAAS.

-Kursus Pembangunan Laman Blog akan diadakan pada 30 Ogos 2014, bersamaan 4 Zulkaedah 1435 Hijrah. Kursus diadakan di Bilik Komputer Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang. Yuran penyertaan 50 seorang, terbuka kepada muslimin dan muslimat berumur 11 tahun ke atas. Pendaftaran boleh dibuat di pejabat pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Kursus Tahsin Solat ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu nanti.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

Resolusi 1024x768 menggunakan:

Perpustakaan - Halaman 2
Indeks Artikel
Perpustakaan
Halaman 2
Semua Halaman

 

 

8)     Pembelian buku dan kitab-kitab dalam bahasa arab, bahasa melayu, dan bahasa inggeris

·         Masih belum pasti kedudukan keputusan sebut harga samada diluluskan atau tidak.

 

9)     Mengenalpasti keperluan perpustakaan

Hasil lawatan ke Arkib Negara dan Kursus yang diberikan oleh Pihak Perpustakaan Negeri Selangor, pihak Unit Perpustakaan telah menyenaraikan beberapa keperluan-keperluan antaranya cop-cop, papan tanda , cermin pantulan, mesin fotostat, bakul sampah, langganan majalah dan waterpot

 

10)  Lawatan kerja ke Arkib Negara Malaysia

·         Pada 4 Jun 2009 bersamaan hari Khamis, Seramai 6 orang wakil Masjid Negeri telah membuat lawatan kerja ke  Arkib Negara. Antara tujuan lawatan tersebut adalah

·         Melihat prasarana dan kemudahan perpustakaan Arkib Negara

·         Melihat sistem yang diguna pakai

·         Meminta pandangan dan tunjuk ajar berkenaan cara untuk mengkatalog buku, penjagaan dan lain lain

·         Mengenal pasti kewujudan bahan sejarah mengenai perasmian Masjid Negeri Selangor samada direkodkan oleh pihak Arkib ataupun tidak.

 

11)  Kursus pendek pembantu perpustakaan

Berlangsung selama 3 hari bermula 5, 8 dan 9 Jun, bertempat diperpustakaan Masjid Negeri dan disampaikan oleh tiga orang wakil pustakawan PPAS iaitu En Rashid, Pn Norafidah dan Pn Hasniza.

 

12)  Menjadi antara daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri

 

Kategori buku-buku yang terdapat  diperpustakaan

 

1. Tafsir – ulum al-quran – al-quran

2. Hadith – Ulumul Hadith

3. Sejarah

4. Syariah dan Undang-undang

5. Tauhid – Perbandingan Agama – Tasauf – Aliran pemikiran

6. Kamus dan eksiklopedia

7. Ekonomi – Sastera – Politik – Akademik

 



 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah