Pengumuman

Khamis, 23/05/2013

-Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil MSSAAS Sesi 2012 (untuk para pelajar) akan diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani akan didadakan di Dewan Solat Bawah MSSAAS pada hari Khamis, 23 Mei 2013 jam 10.00 pagi. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
<TV_SELANGOR>

-Kelas Talaqqi Bersanad pada hari Khamis, 23/05/2013 akan ditangguhkan ke minggu lain. Harap maklum.

-Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk Peristiwa Isra’ Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar? Khutbah ini boleh dimuat turun menerusi pautan dibawah ini:
<KHUTBAH_JUMAAT>
Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Majlis Selawat Burdah akan diadakan pada hari Sabtu, 25/05/2013 selepas solat Isyak bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS dipimpin oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada 26 Mei 2013 selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS. Antara pengisiannya adalah solat sunat tasbih dan tausiah. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Blog (Siri ke-2) akan diadakan pada 25 & 26 Mei 2013 bertempat di Bilik Komputer, MSSAAS dari jam 8.00 pagi – 6.30 petang. Yuran adalah RM100 dan peserta mestilah berumur 12 tahun keatas serta telah membuka akaun Gmail. PENYERTAAN BOLEH MULA DIBUAT MULAI HARI SELASA, 7 MEI 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Fahmi ditalian 0193850851.

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 H ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan mengadakan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 13 Mei 2013 bersamaan 13 Rejab 1434hijrah hingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

 Resolusi 1024x768 menggunakan:

Perpustakaan
Indeks Artikel
Perpustakaan
Halaman 2
Semua Halaman

Perpustakaan MSSAAS telah dibuka secara tidak rasmi pada 22 jun 2009. Antara Program-program yang dijalankan oleh perpustakaan MSSAAS:

 

1)     Lawatan ke Perpustakaan Negeri Shah Alam:  

Terdiri dari 3 orang kakitangan yang menyertai lawatan ini (Azizi , Mahmud dan Pn Roziah). Hasil daripada lawatan ini, pihak kami berjaya mengadakan perjanjian untuk meminta pihak Perpustakaan Negeri Selangor untuk menghantar pegawai-pegawai untuk membantu kami dalam berbagai perkara . Antara perkara yang telah dipersetujui hasil perjumpaan  adalah:

·         Meminta khidmat nasihat secara bulanan.

·         Menggunakan kepakaran pengurusan PPAS.

·         Jemputan sebagai panel penilai perpustakaan.

·         Memohon kursus pendek selama 3 hari di Perpustakaan MSSAAS.


2)     Mengadakan gerak gempur mengemaskini perpustakaan 

En. Shahril dan Tuan Imam Besar, Us Hj Ahmad Mustafa banyak membantu memantau dan mengenalpasti masalah yang dialami oleh pihak kami. Beliau telah mengeluarkan memo untuk mengadakan gerak gempur kali pertama pada 14 Mei 2009. Gerak gempur ini telah dihadiri oleh hampir semua kakitangan masjid.

3)     Menceriakan keadaan perpustakaan 

Pn Roziah dipertanggungjawabkan untuk menceriakan perpustakaan. Beliau berperanan menyenaraikan barang-barang yang diperlukan di dalam perpustakaan. Segala barang-barang yang kami perlukan kebanyakan telah diluluskan oleh En Shahril selaku Pen Peg Tadbir di masjid ini.

 

4)     Menyediakan borang kepuasan pelanggan, promosi mengenai perpustakaan, borang fotostat perpustakaan

Borang-borang ini diwujudkan hasil lawatan Unit Perpustakaan ke Arkib Negara Malaysia dan setelah diberikan pandangan dan pendapat oleh pustakawan Arkib Negara

5)     Menerima kunjungan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 

Seramai 4 orang pelajar wanita daripada UIAM yang mengambil jurusan landskap telah hadir untuk melawat sekitar masjid dan perpustakaan. Mereka telah bertanyakan beberapa persoalan mengenai sejarah masjid dan mereka memuji keadaan perpustakaan MSSAAS kerana berkeadaan ceria dan menyenangkan

 

6)     Memohon sumbangan bahan bacaan ilmiah daripada badan swasta NGO dan kerajaan

·         Sebanyak 60 pucuk surat telah dikeluarkan kepada badan-badan NGO,badan-badan swasta dan kerajaan berhubung dengan  sumbangan dan wakaf bahan- bahan bacaan ilmiah.  

·         Pihak perpustakaan juga sedang  menunggu  bahan-bahan bacaan daripada Utusan dan Kraftangan Malaysia.

·         Penyumbang terawal dari badan bukan kerajaan (NGO) adalah dari YAPIM (Yayasan Pembangunan Islam Malaysia)

 

7)     Program wakaf bahan bacaan untuk perpustakaan MSSAAS

·         Program ini adalah hasil daripada idea Imam Besar, Us. Ahmad Mustafa Sidin dan beliau menyokong penuh program ini. Setiap Jumaat, pengumuman mengenai program ini akan terus di war warkan dan pamplet borang telah disediakan oleh pihak Unit Perpustakaan.

·         Diperolehi dari Pn. Kamaliah sebanyak 6 kotak, dari orang perseorangan sebanyak 1 kotak dan 2 beg plastik berupa buku-buku ensaiklopedia.



 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah