Pengumuman

Isnin, 21/04/2014

-Bermula bulan Februari 2014, Forum Perdana Ehwal Islam akan diadakan Sabtu minggu ke-2 setiap bulan selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Bermula Ahad, 9 Februari 2014 dari jam 9 pagi -12 tengah hari bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS diadakan Kursus Haji Bersiri. Kursus ini berlangsung selama 17 minggu bersama penceramah Y.Bhg. Sheikhul Maqari Ustaz Hj. Othman b. Hamzah. Penyertaan percuma. Hubungi Ustaz Khairul ditalian 03-55199988 bagi sebarang pertanyaan berkaitan.

-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki akan diadakan pada hari Khamis, 24/04/2014 akan diadakan jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS. 

<TV_SELANGOR>:

-Kelas Talaqqi Al-Quran Bersanad bersama Imam Besar MSSAAS akan diadakan pada hari Khamis, 24/04/2014 jam 9.00 malam bertempat di Dewan Seminar MSSAAS.

-Khutbah Jumaat minggu ini boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah ini:

<KHUTBAH_JUMAAT>

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

Resolusi 1024x768 menggunakan:

KEMUDAHAN WIFI

Internet kini menjadi salah satu medium yang amat penting untuk berkomunikasi sama ada jarak jauh atau dekat. Penghantaran dan penyemakan dokumen-dokumen kerja, tugasan belajar dan emel menjadi rutin harian yang kadangkala terpaksa dilakukan diluar rumah atau pejabat.

Selaras dengan itu, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menyediakan kemudahan “WIFI” kepada semua pengunjung. Berkapasiti kelajuan 2 mb/s kemudahan ini disediakan kepada pengunjung bagi membolehkan sesetengah kerja harian boleh dilakukan di masjid.

Kemudahan ini telah dirasmikan di Dewan Solat Bawah oleh YB Dato' Dr Hassan Mohd Ali (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor) pada 8 Ogos 2009 sebelum berlangsungnya Forum Perdana Ehwal Islam.

Para pengunjung Masjid Negeri boleh mendapatkan kemudahan ini meliputi sekitar Dewan Solat Bawah, sekitar Pintu Diraja, sekitar Pintu Utama, Dewan Makan, Dewan Seminar dan juga Perpustakaan. Terdapat 3 punca yang boleh digunakan iaitu “MasjidNegeriLibrary”“MasjidNegeriPublic01” dan "MasjidNegeriPublic02". Kemudahan “WIFI” ini telah diprogram tanpa kata laluan bagi memudahkan para pengunjung menggunakannya.

 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah