Pautan Luar






Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

Paparan Terbaik


WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pengumuman

-Bacaan Surah Al-Kahfi akan diadakan setiap Jumaat jam 10 pagi bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS (selepas Diskusi Dhuha).

-Klinik Al-Fatihah anjuran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan diadakan setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah hari, bertempat di Pintu Utama & Pos Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Pada setiap hari Rabu, minggu pertama dan ketiga, kuliah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

-Talaqi Al-Quran bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali (Johan Qari Antarabangsa) akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1437 H Peringkat Negeri Selangor
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   

SHAH ALAM 13 Oktober 2015 – Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1437 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program ini telah dimulakan dengan Forum Perdana Ehwal Islam yang telah dijayakan oleh 2 orang penceramah jemputan terkenal iaitu Imam Muda Asraf dan Ustazah Norhafizah Hj Musa. Forum membincangkan tajuk “Umat Bermuafakat Negeri Berkat“ ini telah dimoderatorkan oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang. Umat Bermuafakat Negeri Berkat

            Sejurus selepas Forum Perdana Ehwal Islam tamat, bacaan surah Yasin serta bacaan doa awal dan akhir tahun telah telah diadakan di Dewan Solat Utama MSSAAS dipimpin oleh Imam Besar MSSAAS, S.F. Muhammad Farhan bin Wijaya. Lebih 3000 orang jemaah telah hadir bagi mengimarahkan program ini.

            Selepas solat maghrib berjemaah, program telah disambung dengan Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1437 H bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Sebelum pelancaran dimulakan, majlis telah dimulakan dengan bacaan suci ayat Al-Quran oleh Ustaz Mohd Fahmi Asraf bin Razali, Muazzin MSSAAS serta Ucapan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1437H. Titah ucapan dan pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima DiRaja Selangor Darul Ehsan Tengku Sulaiman Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj sejurus selepas itu.

            Kemudian, majlis telah diteruskan lagi dengan Ceramah Khas Sempena Sambutan Maal Hijrah 1437 oleh Ustaz Fauzi Mustafa dan Pengumuman Anugerah Khas Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor Tahun 1437H. Sejurus selepas itu Yang Amat Mulia Tengku Panglima DiRaja Selangor Darul Ehsan berkenan menyempurnakan gimik penyerahan Kitab Mastika Hadis sumbangan JawatankuasaTabung Amanah Pembangunan Islam Negeri Selangor (TAPIS) kepada 90 buah masjid terpilih di negeri Selangor.

            Pada malam itu juga, penyampaian anugerah Maal Hijrah telah diadakan kepada penerima-penerima anugerah. Antara anugerah-anugerah yang telah disampaikan termasuklah Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tengku Idris Shah Sekolah-Sekolah Jabatan Agama Islam Selangor Tahun 2014 M, Anugerah Badan Dakwah Sukarela Tahun 1437 H, Anugerah Tokoh Saudara Kita Tahun 1437 H, Anugerah Tokoh Keluarga Mithali 1437 H serta Anugerah Tokoh Maal Hijrah Tahun 1437 H.

            Sebelum menunaikan solat Isyak secara berjemaah dan bersurai, majlis telah diakhiri dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor Sahibus Samahah Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid. Rakaman penuh program ini boleh ditonton menerusi pautan dibawah ini:

 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah