Selasa, 21/05/2013
-Kuliah Maghrib
malam ini bersama Ustaz Mokhyi b. Umar - Halal & Haram. Siaran
secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada 26 Mei 2013 selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS. Antara pengisiannya adalah solat sunat tasbih dan tausiah. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Blog (Siri ke-2) akan diadakan pada 25 & 26 Mei 2013 bertempat di Bilik Komputer, MSSAAS dari jam 8.00 pagi – 6.30 petang. Yuran adalah RM100 dan peserta mestilah berumur 12 tahun keatas serta telah membuka akaun Gmail. PENYERTAAN BOLEH MULA DIBUAT MULAI HARI SELASA, 7 MEI 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Fahmi ditalian 0193850851.
-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 H ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan mengadakan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 13 Mei 2013 bersamaan 13 Rejab 1434hijrah hingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.