| Kuliah POP 19 Julai 2012 |
| Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil |
|
SHAH ALAM 19 Julai - Pengajian Tasauf bersama Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani telah berlangsung di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Pengajian kali ini telah dimulakan sekitar jam 10.10 pagi dan lebih daripada 600 orang jemaah muslimin dan muslimat telah hadir bagi menimba ilmu pengetahuan disamping mengambil pengajaran dari apa yang ingin disampaikan oleh penceramah. Sebelum memulakan pengajian, penceramah telah memberi penerangan tentang bulan Ramadhan. Kemudian, penceramah telah menyambung lagi pengajian kitabnya dalam tajuk Adab Di Antara Murid Dengan Guru iaitu dalam tugas anak murid yang kesepuluh iaitu tentang tujuan kita belajar sesuatu ilmu. Menurut penceramah, apabila kita belajar dengan mana-mana guru perlu ada tujuan dan matlamat kerana jika kita belajar dalam keadaan tanpa tujuan atau matlamat, kita akan mendapat satu penyakit yang dinamakan futur. Menurutnya lagi, futur adalah penyakit yang mana kita akan rasa kecewa atau gagal dipertengahan jalan. Pengajian ini telah berlangsung selama lebih 45 minit sebelum penceramah menjawab soalan dan kemusykilan berkaitan agama Islam yang diajukan oleh para jemaah. Rakaman penuh bagi pengajian ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.youtube.com atau di laman sesawang www.facebook.com. |








