| PEMANDU PELANCONG MSSAAS |
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
PENGENALAN Keindahan senibina Islam khususnya melalui pembinaan masjid telah menjadi daya tarikan pelancong di seluruh dunia. Malaysia juga mempunyai beberapa buah masjid yang kaya dengan keindahan senibina Islam seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Disamping menikmati keindahan senibina Islam, para pelancong juga berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Islam. Menyedari potensi yang besar menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran dakwah kepada pelancong bukan Islam, Islamic Outreach ABIM (IOA) mengambil langkah proaktif menjalankan program Pemandu Pelancong Masjid pada tahun 2003.
OPERASI Pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan Pengurusan Masjid memberi mandat untuk pihak Islamic Outreach ABIM bagi mengendalikan projek MTG ini sepenuhnya di Masjid. Projek ini dibawah pengurusan IOA dibantu oleh Ahli Jawatankuasa IOA-MTG, Koordinator dan Sukarelawan-Sukarelawan yang berminat.
IOA-MTG, MSSAAS Projek Pemandu Pelancong Masjid/Mosque Tour Guide Islamic Outreach ABIM di MSSAAS (IOA-MTG) telah ditubuhkan pada tahun 2008. Setakat ini seramai 26 orang Sukarelawan yang bertugas sepenuh masa tanpa mendapat imbuhan. Seorang Koordinator telah dilantik untuk bertanggungjawab dalam pengurusan pengendalian sukarelawan dan jadual tugasan harian. Beliau akan melapor terus kepada Pengarah Projek IOA-MTG.
Jadual Bertugas :- Isnin-Ahad Sesi pagi – 9.00 pagi hingga 1.00 petang Sesi petang – 2.00 petang hingga 6.30 petang Jumaat Sesi pagi – 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari Jumaat Sesi petang – 3.00 petang hingga 6.30 petang
Sukarelawan/Petugas diwajibkan bertugas sekali dalam seminggu tetapi digalakkan juga bertugas lebih mengikut kelapangan masa dan kemampuan. |







