Pengumuman

Khamis, 23/05/2013

-Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil MSSAAS Sesi 2012 (untuk para pelajar) akan diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani akan didadakan di Dewan Solat Bawah MSSAAS pada hari Khamis, 23 Mei 2013 jam 10.00 pagi. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
<TV_SELANGOR>

-Kelas Talaqqi Bersanad pada hari Khamis, 23/05/2013 akan ditangguhkan ke minggu lain. Harap maklum.

-Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk Peristiwa Isra’ Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar? Khutbah ini boleh dimuat turun menerusi pautan dibawah ini:
<KHUTBAH_JUMAAT>
Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Majlis Selawat Burdah akan diadakan pada hari Sabtu, 25/05/2013 selepas solat Isyak bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS dipimpin oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada 26 Mei 2013 selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS. Antara pengisiannya adalah solat sunat tasbih dan tausiah. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Blog (Siri ke-2) akan diadakan pada 25 & 26 Mei 2013 bertempat di Bilik Komputer, MSSAAS dari jam 8.00 pagi – 6.30 petang. Yuran adalah RM100 dan peserta mestilah berumur 12 tahun keatas serta telah membuka akaun Gmail. PENYERTAAN BOLEH MULA DIBUAT MULAI HARI SELASA, 7 MEI 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Fahmi ditalian 0193850851.

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 H ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan mengadakan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 13 Mei 2013 bersamaan 13 Rejab 1434hijrah hingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

 Resolusi 1024x768 menggunakan:

Ihya Ramadhan 1433H
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   

SHAH ALAM 19 Julai - Sempena bulan Ramadhan 1433H yang bakal tiba tidak lama lagi, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor, TV9, Jawatankuasa Pengimarahan Jemaah dan Unit Mubalighat MSSAAS telah menyusun program dan aktiviti bagi mengimarahkan lagi MSSAAS dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Aktiviti-aktiviti bukan sahaja terhad kepada jemaah dewasa tetapi turut juga disusun aktiviti-aktiviti untuk para remaja sebagai menggalakkan lagi lebih ramai golongan muda datang ke Masjid.

Diantara program yang telah disusun sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini termasuklah Program Berbuka Bersama Sultan Selangor, Majlis Penyerahan Sumbangan Bubur Lambuk & Kurma Oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Sahur, Berbuka, Solat Sunat Terawih, Moreh, Qiyamullail, Kuliah Zohor, Kuliah Berbuka, Tanyalah Ustaz TV9, Tanyalah Ustazah TV9, Kuliah-Kuliah Khas, Tadarus Al-Quran Belia dan banyak lagi. Para penceramah dari dalam dan luar negara telah dijemput bagi membuat pengisian sepanjang bulan yang penuh dengan keberkatan ini mengikut jadual yang telah disusun. Gerai-gerai jualan barangan keperluan harian seperti gerai baju, tudung, kurma dan manisan, minyak wangi dan lain-lain turut dibuka bagi kemudahan para jemaah sepanjang bulan Ramadhan ini dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Antara imam dan penceramah yang bakal hadir dalam program-program yang telah disusun termasuklah Imam-imam MSSAAS, Sheikh Mohd Mustofa (Mesir), Sheikh Ahmad Tamim (Mesir), Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu AL-Banjari Al-Makki, Ustaz Azhar Idrus, Dato Abu Hassan Din Al Hafiz, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Ahmad Dusuki ABdul Rani, Ustaz Syed Norhisham, Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Asmak Husin, Ustazah Asni Mansor dan ramai lagi.

Kemuncak bagi program Ihya Ramadhan 1433H adalah pada 11 dan 12 Ogos 2012 dimana Program Munajat Perdana Peringkat Negeri Selangor akan diadakan. Program ini akan dimulakan selepas Isyak 11 Ogos 2012 dengan Solat Sunat Terawih dan Siaran Lagsung Dari Dataran Shah Alam. Keesokan harinya, Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (Dato Menteri Besar Selangor) dijadualkan akan merasmikan Program Munajat Perdana Peringkat Negeri Selangor sekitar jam 6.20 pagi selepas Qiyamullail Perdana, Sahur Perdana dan solat subuh berjemaah. Kuliah Khas Subuh Ramadhan bersama Ustaz Azhar Idrus akan menyusul selepas dari ucapan dan amanat oleh Dato Menteri Besar Selangor.

 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah