Pengumuman

Rabu, 19/06/2013

-Kuliah Syarah Al-Hikam bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan diadakan pada hari ini selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Bawah, MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani akan didadakan di Dewan Solat Bawah MSSAAS pada hari Khamis, 20/06/2013 jam 10.00 pagi. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
<TV_SELANGOR>

-Talaqqi Bersanad bersama Imam Besar MSSAAS, Tn. Hj. Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri akan diadakan di Dewan Seminar MSSAAS pada hari Khamis, 20/06/2013 jam 9.00 malam. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Khutbah Jumaat hari ini bertajuk Pemuda-Pemudi Harapan Agama Dan Bangsa. Khutbah ini boleh dimuat turun menerusi pautan dibawah ini:
<KHUTBAH_JUMAAT>
Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Majlis Selawat Burdah dipimpin oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada hari Sabtu, 22 Jun 2013 selepas solat Isyak. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada hari Ahad, 23/06/2013 bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS selepas solat Maghrib. Antara pengisian program termasuklah Solat Sunat Tasbih, Tausiah dan Sesi Soal Jawab, Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Sesawang akan diadakan pada 06-07 Julai 2013. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan dibawah ini:

<MAKLUMAT_KURSUS>

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 hijrah ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan menganjurkan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis, sehingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

 Resolusi 1024x768 menggunakan:

Kuliah Syarah Al-Hikam 18 Julai 2012
Rabu, 08 Ogos 2012 15:51

SHAH ALAM 18 Julai - Kuliah Syarah Al-Hikam bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berlangsung selepas solat maghrib di Dewan Solat Atas MSSAAS. Lebih daripada 350 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengambil manfaat dan pengajaran dari program ini.

Sempena dengan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, penceramah telah mengambil peluang yang ada untuk berbicara sebahagian dari isi buku karangan beliau yang bertajuk Ramadhan : Pelbagai Hukum Dan Fatwa Puasa. Buku ini mempunyai huraian berkaitan puasa di bulan Ramadhan yang senang difahami mengikut 4 mazhab. Di dalamnya juga turut dihuraikan topik berkaitan kelebihan malam di bulan puasa dan perkara berkaitan hari raya.

Kuliah ini telah berlangsung lebih 45 minit dan telah ditamatkan sebelum azan Isyak dikumandangkan. Rakaman penuh kuliah ini boleh ditonton menerusi laman sesawang www.youtube.com atau di laman sesawang www.facebook.com.

 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah