| Kuliah POP 12 Julai 2012 |
| Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil |
|
SHAH ALAM 12 Julai - Pengajian Tasauf bersama Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani telah berlangsung di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Pengajian kali ini telah dimulakan sekitar jam 10.10 pagi dan lebih daripada 600 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi menimba ilmu pengetahuan dan mengambil pengajaran dari apa yang ingin disampaikan oleh penceramah. Penceramah telah menyambung lagi pengajian kitab masih lagi dalam tajuk Adab Di Antara Murid Dengan Guru iaitu dalam tugas anak murid yang kelapan. Selepas membaca kandungan kitab dalam tugas murid yang kelapan, penceramah telah menerangkan bahawa dalam kita belajar, kita kena tahu apa natijah dari ilmu yang kita dapat contohnya seperti kita belajar ilmu tasauf ini. Apa tujuan kita belajar ilmu tasauf? Natijahnya budi pekerti kita akan menjadi semakin baik dan semakin halus dikalangan manusia dan disisi Allah SWT. Pengajian ini telah berlangsung selama lebih 45 minit sebelum penceramah menjawab soalan dan kemusykilan berkaitan agama Islam yang diajukan oleh para jemaah. Rakaman penuh bagi pengajian ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.youtube.com atau melalui laman sesawang sosial www.facebook.com. |








