| Masjid Duniaku |
| Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil |
|
SHAH ALAM 9 Julai - Satu program yang dinamakan "Masjid Duniaku" telah diadakan selama 2 hari bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula dari 7 - 8 Julai 2012. Program ini merupakan program anjuran bersama oleh PTS Media Group Sdn Bhd dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS).
Pelbagai acara menarik telah disusun untuk para pengunjung sepanjang program ini seperti Forum "Perangi Sihir", Bengkel "Fahami Bacaan Dalam Solat", Bicara Ramadan, Pertandingan Mewarna, Bengkel Melukis Komik, Bengkel Solat, Motivasi Remaja Genius, Demo Memasak, Pameran Buku dan banyak lagi.
Sepanjang program Masjid Duniaku berlangsung, turut diadakan Pertandingan Tilawah Al-Quran anjuran bersama Inspirasi Muhibah India Muslim dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program ini telah berlangsung selepas solat asar sehingga jam 11 malam bertempat di Dewan Solat Bawah, MSSAAS. Antara acara-acara yang telah dilangsungkan sepanjang program tilawah ini termasuklah bacaan Al-Quran, nyanyian nasyid, bacaan sajak, tazkirah dan deklamasi sajak.
Diantara individu yang telah hadir bagi menjayakan program ini ialah penulis PTS & selebriti TV seperti Pak Latip, Chef Hanieliza, Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Shamsuddin Kadir dan ramai lagi. Rakaman sebahagian dari program-program ini boleh ditonton melalui jaringan dibawah ini. |










