| Kuliah POP 5 Julai 2012 |
| Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil |
|
SHAH ALAM 5 Julai - Pengajian Tasauf bersama Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani telah berlangsung di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Pengajian kali ini telah dimulakan sekitar jam 10.10 pagi dan lebih daripada 600 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengambil manfaat dan ilmu dari apa yang ingin disampaikan oleh penceramah. Selepas lebih 20 minit berbicara tentang nisfu syaaban dan kelebihannya, penceramah telah menyambung lagi pengajian kitab dalam tajuk Adab dan Akhlak Kita Dalam Kita Menjadi Orang Yang Belajar. Menurut penceramah, jika kita ingin belajar suatu ilmu janganlah kita belajar ilmu secara lompat (melangkau pembelajaran ilmu sebelum waktunya). Beliau menyambung lagi, adab dalam pembelajaran kita perlulah belajar sesuatu ilmu itu satu persatu (mengikut turutan). Pengajian tasauf ini telah berlangsung selama lebih 45 minit sebelum penceramah menjawab soalan dan kemusykilan berkaitan agama Islam yang diajukan oleh para jemaah. Rakaman penuh bagi pengajian ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.youtube.com atau melalui laman sesawang sosial www.facebook.com. |








