| Kuliah POP 28 Jun 2012 |
| Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil |
|
SHAH ALAM 28 Jun - Pengajian Tasauf bersama Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani telah berlangsung di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Pengajian kali ini telah dimulakan sekitar jam 10.10 pagi dan lebih daripada 600 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengambil pengajaran dan manfaat dari apa yang ingin disampaikan oleh penceramah. Pengajian kitab kali ini msih lagi dalam tajuk Adab Di Antara Murid Dengan Guru iaitu dalam tugas anak murid yang ke enam. Menurut penceramah selepas membaca sebahagian tugas anak muri yang keenam, dia menyatakan bahawa janganlah kita menekan untuk belajar ilmu yang banyak dalam satu masa yang sama. Beliau berkata lagi, jangan berbuat demikian sebaliknya kita perlu tahu ilmu mana yang perlu kita perbaiki dalam hidup kita kerana kalau kita belajar sekali gus kita akan kepenatan. Pengajian tasauf ini telah berlangsung selama lebih 45 minit sebelum penceramah menjawab soalan dan kemusykilan berkaitan agama Islam yang diajukan oleh para jemaah. Rakaman penuh bagi pengajian ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.youtube.com atau melalui laman sesawang sosial www.facebook.com. |








