| Kuliah Syarah Al-Hikam 20 Jun 2012 |
| Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil |
|
SHAH ALAM 20 Jun - Kuliah Syarah Al-Hikam bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berlangsung selepas solat maghrib di Dewan Solat Atas MSSAAS. Lebih daripada 300 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi menimba ilmu dan memperoleh manfaat dari program ini. Kuliah pada kali telah membincangkan hikmah yang ke-27. Sebaik sahaja selesai membaca hikmah, penceramah telah menerangkan bahawa hikmah pada kali ini cukup mudah dimana pengarang menyebut siapa yang bercahaya pada awalnya ghalibnya bercahaya pada kesudahannya. Beliau menyambung lagi, maksudnya sesiapa yang mahu natijah bahawa baik pada kesudahan permulaannya mesti baik. Sebab itu Rasulullah SAW telah mengajar ibu dan bapa cara menjaga anak berlandaskan sabdanya yang bermaksud: “Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka” (H.R Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi). Sekiranya pada ketika usia 7 tahun telah dibiasakan dengan perbuatan ibadat, ghalibnya pada kesudahannya dia akan mudah untuk menjadi baik. Kuliah ini telah berlangsung lebih 30 minit dan telah ditamatkan sebelum azan Isyak dikumandangkan. Rakaman penuh kuliah ini boleh ditonton menerusi laman sesawang www.youtube.com atau di laman sesawang www.facebook.com.
|








