Pengumuman

Khamis, 23/05/2013

-Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil MSSAAS Sesi 2012 (untuk para pelajar) akan diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani akan didadakan di Dewan Solat Bawah MSSAAS pada hari Khamis, 23 Mei 2013 jam 10.00 pagi. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
<TV_SELANGOR>

-Kelas Talaqqi Bersanad pada hari Khamis, 23/05/2013 akan ditangguhkan ke minggu lain. Harap maklum.

-Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk Peristiwa Isra’ Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar? Khutbah ini boleh dimuat turun menerusi pautan dibawah ini:
<KHUTBAH_JUMAAT>
Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Majlis Selawat Burdah akan diadakan pada hari Sabtu, 25/05/2013 selepas solat Isyak bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS dipimpin oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada 26 Mei 2013 selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS. Antara pengisiannya adalah solat sunat tasbih dan tausiah. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Blog (Siri ke-2) akan diadakan pada 25 & 26 Mei 2013 bertempat di Bilik Komputer, MSSAAS dari jam 8.00 pagi – 6.30 petang. Yuran adalah RM100 dan peserta mestilah berumur 12 tahun keatas serta telah membuka akaun Gmail. PENYERTAAN BOLEH MULA DIBUAT MULAI HARI SELASA, 7 MEI 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Fahmi ditalian 0193850851.

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 H ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan mengadakan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 13 Mei 2013 bersamaan 13 Rejab 1434hijrah hingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

 Resolusi 1024x768 menggunakan:

Israk Mi'raj Mengajak Ketaqwaan Kepada Allah
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   

SHAH ALAM 9 Jun - Forum Perdana Ehwal Islam bagi bulan Jun 2012 telah diadakan di Dewan Solat Bawah MSSAAS selepas solat Maghrib bersama ahli-ahli panel jemputan Y.bhg. Ustaz Uda Kassim dan Y.bhg. Ustaz Hariyanto Rizal b. Rokman. Bersempena dengan bulan Syaaban, Forum pada kali ini telah membincangkan tajuk Sunnah Israk Mi'raj Mengajak Ketaqwaan Kepada Allah dan dimoderatorkan oleh Imam Besar MSSAAS, Tuan Haji Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri. Lebih daripada 1500 orang jemaah muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengikuti forum ini.

Ahli-ahli panel forum pada kali ini tidak membincang secara langsung peristiwa Isra’ Mi’raj yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW tetapi sebaliknya mereka telah mengajak jemaah yang hadir untuk mengambil pengajaran dan iktibar disebalik kejadian peristiwa ini. Tidak terhad dengan itu, ahli-ahli panel juga telah mengaitkan peristiwa-peristiwa Isra’ Miraj dengan keadaan dunia sekarang ini dari segi politik, sosial dan kekeluargaan.

Forum telah berlangsung selama lebih 2 jam dan sebelum menutup forum pada kali ini, moderator telah membuka 6 soalan kuiz berkaitan dengan tajuk yang telah dibincangkan kepada para jemaah yang hadir. Mereka yang telah berjaya menjawab soalan telah membawa pulang saguhati sumbangan daripada pihak MSSAAS. Forum telah ditamatkan sekitar jam 9.45 malam bagi menunaikan solat Isyak berjemaah. Rakaman penuh bagi kuliah ini boleh ditonton menerusi laman sesawang www.youtube.com atau menerusi laman sesawang sosial www.facebook.com/mssaaas. Pada keesokan paginya, satu program Qiamullail anjuran MSSAAS yang dibuka penyertaannya kepada kanak-kanak dan ibu bapa telah diadakan. Antara pengisian program ini termasuklah qiamullail dan ceramah.

 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah