Pengumuman

Jumaat, 17/05/2013

-Bicara Addin akan diadakan pada hari Sabtu, 18/05/2013 bertempat di Dewan Seminar MSSAAS jam 6.40 pagi bersama Ustaz Halim bin Din. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
http://www.ustream.tv/channel/masjid-sultan-salahuddin-abdul-aziz-shah

-Sempena sambutan Ulang Tahun ke-25 Jubli Perak Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan, mempelawa kepada Anak Negeri Selangor dan Warganegara Malaysia yang menetap di Selangor untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Sambutan Ulangtahun ke-25, Jubli Perak Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau di Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 3, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Tarikh tutup penyertaan pada 21 Mei 2013. Semua muslimin muslimat seluruh penduduk Negeri Selangor adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.

-Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan menganjurkan Kursus Bilal yang akan diadakan pada hari Sabtu, 18 Mei 2013 bersamaan 8 Rejab 1434 hijrah, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Yuran penyertaan 50 ringgit Malaysia seorang. Penyertaan adalah terhad. Tarikh Tutup penyertaan pada 17 Mei 2013. Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Kursus Pembangunan Laman Blog (Siri ke-2) akan diadakan pada 25 & 26 Mei 2013 bertempat di Bilik Komputer, MSSAAS dari jam 8.00 pagi – 6.30 petang. Yuran adalah RM100 dan peserta mestilah berumur 12 tahun keatas serta telah membuka akaun Gmail. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Fahmi ditalian 0193850851.

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434hijrah ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan mengadakan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 13 Mei 2013 bersamaan 13 Rejab 1434hijrah hingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

 Resolusi 1024x768 menggunakan:

Tafaqquh Fiddin 8 Jun 2012
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   


SHAH ALAM 8 Jun - Tafaqquh Fiddin bersama Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki telah berlangsung di Dewan Solat Bawah MSSAAS selepas solat maghrib. Lebih daripada 500 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengambil manfaat dari tentatif yang telah disusun sepanjang program pada kali ini. Tafaqquh Fiddin kali ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Hal Ehwal MSSAAS, Ustaz Firdaus bin Subhi.


Acara telah dimulakan dengan sedikit taklimat oleh Pengerusi Majlis dan Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu tentang perjalanan program diikuti dengan solat sunat tasbih selama lebih 30 minit. Acara pada malam itu telah diteruskan lagi dengan tausiah ringkas.

Selepas memuji-muji nama Allah SWT, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari telah menyatakan harapannya mudah-mudahan dengan kesucian dan keagungan Allah JA akan terhakis sifat-sifat yang tercela dan terkutuk yang ada pada diri kita seperti ujub, riak, sum'ah, angkuh, sombong, ego dan sifat-sifat yang seumpama dengannya. Beliau menyambung lagi, segala puja dan puji kita panjatkan bagi Allah agar sentiasa kita selalu mensyukuri atas segala nikmat yang Allah berikan. Pemberian rezeki dan nikmat Allah dalam bentuk apa sekalipun tidak mengira ukuran, timbangan, besar atau kecil, hati kita sentiasa bersyukur dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah tanda berterima kasih kita kepada Allah atas segala apa yang Dia berikan.

Tafaqquh telah berlangsung hingga jam 8.50 malam bagi menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Acara pada malam itu telah diteruskan lagi selepas solat Isyak dengan sambutan Hari Guru Pengajian Bersijil MSSAAS. Rakaman penuh bagi perjalanan Program Tafaqquh Fiddin ini boleh ditonton melalui pautan dibawah ini atau melalui laman sesawang sosial www.facebook.com/mssaas.

 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah