| Kuliah POP 7 Jun 2012 |
| Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil |
|
SHAH ALAM 7 Jun - Pengajian Tasauf bersama Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani telah berlangsung di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Pengajian kali ini telah dimulakan sekitar jam 10.00 pagi dan lebih daripada 600 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengikuti program yang penuh dengan ilmu dan pengajaran ini.
Pengajian pada kali ini telah diteruskan lagi dalam tajuk perbincangan minggu sudah iaitu "Adab Kesopanan Seorang Pelajar Dengan Pengajarnya". Selepas membaca sebahagian kandungan kitab, penceramah telah menyebut bahawa dalam kita belajar jangan ada dikalangan kita rasa sombong dengan ilmu yang kita ada kerana ia boleh menyebabkan kerosakan dan kehancuran terhadap ilmu yang kita dapat. Pengajian ini telah berlangsung selama lebih 45 minit dan sebelum doa penutup, penceramah telah menjawab soalan dan kemusykilan berkaitan agama Islam yang diajukan oleh para jemaah yang hadir. Rakaman penuh bagi pengajian ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.youtube.com atau melalui laman sesawang sosial www.facebook.com.
|








