Pengumuman

Jumaat, 29/08/2014

-Alhamdulillah, InsyaAllah hari ini akan diadakan Majlis Syahadah 7 orang saudara baru selepas solat jumaat di Dewan Solat Atas MSSAAS.

-Bicara Addin bersama penceramah jemputan Prof. Dr. Mohd Amin akan diadakan pada hari Sabtu 30 Ogos 2014 pada jam 6.45 pagi bertempat di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57, satu Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat akan diadakan pada hari Jumaat 29 Ogos 2014, bersamaan 3 Zulkaedah 1435 Hijrah. Majlis akan bermula pada jam 12 tengahari, bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Kelas Talaqqi Al-Quran Bersanad akan diadakan pada awal bulan September 2014 pada setiap Khamis selepas solat fardhu Isyak. Kelas akan dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azizan Bin Man, mantan imam Masjid Al-Falah USJ 9.

-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani akan diadakan pada hari Khamis, 04/09/2014 jam 10 pagi di Dewan Solat Bawah MSSAAS.

-Kursus Pembangunan Laman Blog akan diadakan pada 30 Ogos 2014, bersamaan 4 Zulkaedah 1435 Hijrah. Kursus diadakan di Bilik Komputer Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang. Yuran penyertaan 50 seorang, terbuka kepada muslimin dan muslimat berumur 11 tahun ke atas. Pendaftaran boleh dibuat di pejabat pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Kursus Tahsin Solat ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu nanti.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

Resolusi 1024x768 menggunakan:

Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil MSSAAS Sesi 2011
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   

SHAH ALAM 20 April 2011 - Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil MSSAAS Sesi 2011 Kali Ke-11 MSSAAS telah berlangsung di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) selepas solat Isya’. Seramai  560 orang pelajar telah hadir bagi menerima sijil selepas berjaya melanjutkan pengajian mengikut aliran masing-masing. Mereka yang hadir pada malam itu terdiri daripada para pelajar Pengajian Bersijil Tahun 2011 yang telah mengikuti, Pengajian Talaqi Al-Quran, Pengajian Taranum, Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Syariah. Majlis pada kali ini telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor , Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan suci ayat Al-Quran Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Ali, Juara Akademi Al-Quran Kali Ke-4. Beliau telah mengalunkan bacaan surah Ali Imran Ayat, 142 - 146 dengan penuh syahdu dan menyentuh jiwa. Sejurus selepas itu, Imam Besar MSSAAS Tuan Haji Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri telah memberikan ucapan pembukaan diikuti dengan ucapan perasmian oleh dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor sejurus selepas itu. Dalam ucapannya beliau telah mengucapkan tahniah kepada bakal penerima sijil dan berharap agar ilmu yang telah mereka pelajari akan dimanfaatkan pada masa akan datang.

Sebelum upacara penyerahan sijil kepada para pelajar Pengajian Bersijil Tahun 2011, 2 anugerah telah disampaikan kepada 2 orang tokoh pilihan. Mereka adalah Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, pendakwah dan penulis buku serta mantan Imam Besar MSSAAS, Sheikhul Maqari Ustaz Haji Othman Hamzah yang masing-masing menerima anugerah Tokoh Ilmuan dan Tokoh Pendakwah. Pemberian anugerah-anugerah ini telah diadakan pada malam tersebut sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang telah menyampaikan ilmu kepada masyarakat Islam tanpa mengenal erti putus asa. Anugerah telah disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor diiringi Imam Besar MSSAAS.

Selepas itu, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar Pengajian Bersijil MSSAAS Sesi 2011 untuk menerima sijil. Para pelajar muslimin dan muslimat yang berpakaian segak dan cantik telah menerima sijil mengikut pengajian masing-masing dengan penuh gembira dan kesyukuran. Majlis telah berlangsung sehingga jam 10.30 malam dan penutup majlis telah diakhiri dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Ustaz Firdaus bin Subhi, Pegawai Ehwal Islam MSSAAS. Turut hadir pada malam penyampaian sijil itu termasuklah S.S Dato' Setia Hj. Mohd.Tamyes b. Abd. Wahid (S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor), Y.A.D Dato' Setia Hj. Mohamad Adzib bin Mohd.Isa (Pengerusi MAIS) dan Haji Mohd Basori bin Hj Umar (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS).

 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah