Kuliah POP 22 Mac 2012 |
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil |
SHAH ALAM 22 Mac - Pengajian Tasauf bersama Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani telah berlangsung di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Pengajian ini telah dimulakan sekitar jam 10.15 pagi dan lebih daripada 600 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengikuti program ilmuan ini. Penceramah telah memulakan pengajian pada kali ini dengan kitab yang baru memandangkan kitab Al-Hikam telah selesai dihuraikan dalam pengajian yang lepas. Selepas mengucapkan syukur kepada Allah, penceramah telah memberikan pengenalan tentang kitab baru yang bakal disampaikannya iaitu Kitab Tazkiyatun Nafs (Pembersihan Jiwa). Menurut beliau dalam hidup kita ini, kita biasa bersih luaran tetapi jarang untuk kita membersihkan dalaman kita. Beliau menyambung lagi, kitab yang bakal disampaikan ini telah dikarang oleh ulama’ terkenal dari Syria yang bernama Sheikh Sa'id bin Muhammad Daib Hawwa. Pengajian ini telah berlangsung lebih 1 jam. Sebelum doa penutup, penceramah telah menjawab beberapa soalan yang telah diajukan oleh para jemaah tentang permasalahan berkaitan agama Islam. Rakaman penuh pengajian ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.youtube.com atau melalui laman sesawang sosial www.facebook.com. |