Pautan Luar






Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

Paparan Terbaik


WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pengumuman

-Bacaan Surah Al-Kahfi akan diadakan setiap Jumaat jam 10 pagi bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS (selepas Diskusi Dhuha).

-Klinik Al-Fatihah anjuran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan diadakan setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah hari, bertempat di Pintu Utama & Pos Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Pada setiap hari Rabu, minggu pertama dan ketiga, kuliah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

-Talaqi Al-Quran bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali (Johan Qari Antarabangsa) akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Kursus Pengurusan Jenazah
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   

 

SHAH ALAM 26 Februari - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada hari Ahad baru-baru ini bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Program ini telah dikendalikan oleh Unit Pembangunan Ibadah & Khidmat Sosial yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hata bin Ahmad. Seramai lebih 150 orang muslimin dan muslimat telah mengambil bahagian dalam kursus ini.

            Kursus ini telah diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada umat Islam tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian. Selain itu para peserta yang menyertai kursus ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.

            Kursus ini telah bermula sekitar jam 8.30 pagi selepas menerima pendaftaran daripada para peserta. Antara pengisian program ini termasuklah pembentangan kertas kerja, latihan praktikal dan sesi soal jawab. Pembentangan kertas kerja pada sebelah pagi yang bertajuk Hukum dan Permasalahan Kematian telah disampaikan oleh Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (Pendakwah & Penulis Buku). Selepas itu, para peserta telah melakukan latihan praktikal penyediaan kain kapan , memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah.

            Seramai 5 orang fasilitator yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zaki bin Jamalluddin terlibat dalam menjayakan program ini. Program telah tamat sepenuhnya sekitar jam 4.40 petang. Sebelum bersurai, para peserta telah diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan dan bukti penyertaan kursus.

 

 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah