Pautan Luar






Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

Paparan Terbaik


WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pengumuman

-Bacaan Surah Al-Kahfi akan diadakan setiap Jumaat jam 10 pagi bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS (selepas Diskusi Dhuha).

-Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW & Para Sahabat R.A. akan diteruskan sehingga 23 Ogos 2017.

-Klinik Al-Fatihah anjuran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan diadakan setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah hari, bertempat di Pintu Utama & Pos Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Pada setiap hari Rabu, minggu pertama dan ketiga, kuliah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

-Talaqi Al-Quran bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali (Johan Qari Antarabangsa) akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Program Cuti Sekolah
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   

SHAH ALAM 24 Januari - Sempena Cuti Sekolah Tahun Baru Cina baru-baru ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan 2 program bagi mengisi masa cuti para jemaah dan remaja sekolah dengan program yang penuh ilmiah dan manfaat. Program-program tersebut adalah Bengkel Penulisan & Editorial yang dibuka untuk semua dan bagi para remaja sekolah pula, Kem Celik Al-Quran telah dianjurkan.

            Bengkel Penulisan & Editorial telah diadakan di Dewan Seminar dan Bilik Kuliah MSSAAS pada 21 Januari 2012. Bengkel ini telah disertai oleh 40 orang jemaah. Bengkel telah diadakan bagi tujuan melatih para jemaah menulis buku mengikut pasaran dan kemahuan pembaca disamping menggalakkan para jemaah lebih rajin membaca. Bengkel ini telah berlangsung dari jam 8.45 pagi hingga 5.00 petang dan dibahagi kepada 2 sesi. Pada sebelah petang, pada peserta telah diberi tugasan bagi memantapkan lagi apa yang telah dipelajari pada sesi yang pertama. Ceramah dan latihan praktikal telah dibimbing oleh pendakwah bebas dan penulis buku, Ustaz Rohidzir Rais dan Ustaz Zahiruddin Zabidi dari PTS Islamika.

            Bagi golongan remaja sekolah pula, Kem Celik Al-Quran telah diadakan selama 4 hari bermula dari 23 Januari 2012. Program ini telah diadakan khusus untuk remaja sekolah bagi memahirkan lagi remaja dari segi teknik bacaan Al-Quran disamping mendidik remaja supaya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka. Pelbagai aktiviti telah disusun dalam kem 4 hari ini bagi memanfaatkan cuti para remaja.

            Para peserta kedua-dua program ini telah menerima sijil penyertaan selepas tamatnya program. Pihak Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan terus menganjurkan lagi program-program seperti ini pada masa akan datang bagi mengisi masa para jemaah dengan aktiviti yang bermanfaat. Pada 11 Januari 2012 hingga 12 Januari 2012, pihak MSSAAS akan menganjurkan pula Kursus Pengenalan Tulisan Jawi yang bakal diadakan di Dewan Seminar MSSAAS. Yuran yang dikenakan bagi program ini adalah sebanyak RM40.00 dan penyertaan boleh dibuat di Pejabat Pentadbiran MSSAAS.

 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah