Pengumuman

Khamis, 23/05/2013

-Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil MSSAAS Sesi 2012 (untuk para pelajar) akan diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Kuliah POP bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani akan didadakan di Dewan Solat Bawah MSSAAS pada hari Khamis, 23 Mei 2013 jam 10.00 pagi. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
<TV_SELANGOR>

-Kelas Talaqqi Bersanad pada hari Khamis, 23/05/2013 akan ditangguhkan ke minggu lain. Harap maklum.

-Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk Peristiwa Isra’ Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar? Khutbah ini boleh dimuat turun menerusi pautan dibawah ini:
<KHUTBAH_JUMAAT>
Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:


-Majlis Selawat Burdah akan diadakan pada hari Sabtu, 25/05/2013 selepas solat Isyak bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS dipimpin oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada 26 Mei 2013 selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS. Antara pengisiannya adalah solat sunat tasbih dan tausiah. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Blog (Siri ke-2) akan diadakan pada 25 & 26 Mei 2013 bertempat di Bilik Komputer, MSSAAS dari jam 8.00 pagi – 6.30 petang. Yuran adalah RM100 dan peserta mestilah berumur 12 tahun keatas serta telah membuka akaun Gmail. PENYERTAAN BOLEH MULA DIBUAT MULAI HARI SELASA, 7 MEI 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Fahmi ditalian 0193850851.

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 H ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan mengadakan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 13 Mei 2013 bersamaan 13 Rejab 1434hijrah hingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

 Resolusi 1024x768 menggunakan:

Rakan SMS Masjid Negeri Selangor

Sila taip DAFTAR <nama anda> dan hantar ke 0355199988.

Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 akan dikenakan bagi setiap pendaftaran. 

Terma dan Syarat

Setelah mendaftar sebagai rakan SMS Masjid Negeri Selangor;

  • Anda bersetuju untuk menerima semua hebahan SMS daripada pihak kami.
  • Anda bersetuju untuk menjadi pengguna SMS Masjid Negeri Selangor yang beretika.
  • Anda bersetuju untuk tidak mengeluarkan kata-kata provokasi ke sistem SMS kami.
  • Anda bersetuju untuk melakukan pendaftaran bagi sebarang program anjuran Masjid Negeri Selangor di Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri Selangor dan bukanlah melalui sistem ini.
  • Anda bersetuju untuk digugurkan keahlian jika tidak mematuhi etika ahli Rakan SMS Masjid Masjid Negeri.

Cara Beroperasi.

  1. Sistem ini dibina bagi memudahkan para jemaah mendapatkan maklumat tentang program, kursus, atau kuliah yang berkaitan dengan pihak kami.
  2. Jemaah tidak akan dikenakan sebarang caj perkhidmatan bagi sebarang hebahan yang diterima daripada pihak kami.
  3. Sistem SMS Rakan Masjid Negeri Selangor menggunakan talian tetap dan nombor 0355199988 boleh disimpan dalam telefon bimbit anda.
  4. Kami akan membuat hebahan tentang program anjuran Masjid Negeri Selangor atau apa-apa hebahan luar yang dibuat melalui pihak kami.
  5. Sistem Rakan SMS Masjid hanya menawarkan komunikasi sehala sahaja. Pihak kami tidak akan menjawab sebarang soalan yang diajukan. Sila hubungi Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri Selangor dalam waktu pejabat jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan program, kuliah, sewaan dewan atau lain-lain hal berkaitan dengan Pentadbiran Masjid Negeri Selangor.

Jemaah boleh menghantar SMS bagi tujuan berikut:

  • Maklum balas berkaitan tentang Khutbah Jumaat, kuliah-kuliah atau program-program yang telah dijalankan.
  • Aduan kerosakan harta Masjid Negeri Selangor.
  • Cadangan penambahbaikan yang berkaitan dengan Masjid Negeri Selangor.
  • Lain-lain perkara yang berkaitan sahaja(SMS yang tidak ada kaitan dengan pentadbiran Masjid Negeri Selangor akan pihak kami abaikan).

*Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar kepada pihak kami. Maklum balas yang telah diterima akan diberikan kepada pihak yang berkenaan bagi tindakan selanjutnya. Pihak kami tidak akan menjawab apa-apa persoalan yang diajukan melalui SMS.

 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah