Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pautan Luar





Paparan Terbaik


Pengumuman

-Bacaan Surah Al-Kahfi akan diadakan setiap Jumaat jam 10 pagi bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS (selepas Diskusi Dhuha).

-Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW & Para Sahabat R.A. akan diteruskan sehingga 23 Ogos 2017.

-Klinik Al-Fatihah anjuran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan diadakan setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah hari, bertempat di Pintu Utama & Pos Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Pada setiap hari Rabu, minggu pertama dan ketiga, kuliah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

-Talaqi Al-Quran bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali (Johan Qari Antarabangsa) akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Daurah Penghayatan Remaja Islam Kini Kembali Lagi
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   


SHAH ALAM 28 Oktober - Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, pihak MSSAAS menganjurkan program Daurah Penghayatan Remaja Islam yang bakal berlangsung dari 21 November hingga 29 Disember 2011 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS). Program khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah ini boleh didaftar di Kaunter Pejabat Pentadbiran MSSAAS. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Khamis, 17 November 2011 dan yuran yang dikenakan hanyalah RM100 bagi setiap peserta.

Daurah Penghayatan Remaja Islam ini telah diadakan setiap kali cuti sekolah sebagai persediaan kepada kanak-kanak dan remaja yang bakal menempuh dunia luar yang penuh dengan cabaran. Perlaksanaan program ini juga adalah salah satu usaha bagi membantu remaja supaya tidak terjebak dengan gejala-gejala yang kurang sihat memandangakan terlalu banyak jenayah yang melibatkan remaja apabila musim cuti sekolah tiba. Daurah Penghayatan Remaja Islam juga dilihat sebagai satu wadah untuk mendidik remaja menjadi insan yang lebih baik.

Pada hari pendaftaran dibuka, lebih daripada 100 orang pelajar telah mendaftar bagi menyertai program ini. Antara pengisian program sepanjang Daurah Penghayatan Remaja Islam pada kali ini ialah Ceramah Motivasi, Praktikal Solat, Belajar Al-Quran, Hafazan, Belajar Jawi, Sirah Nabi, Belajar Khat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik.

 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah