Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pautan Luar





Paparan Terbaik


Kuliah Maghrib Khas
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   

SHAH ALAM 24 Julai – Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Azhar Idrus telah dilangsungkan selepas solat maghrib di Dewan Solat Utama MSSAAS. Lebih daripada 7000 orang muslimin dan muslimat dari pelbagai tempat telah hadir bagi mengikuti program ilmuan yang berlangsung lebih 1 jam 30 minit ini.

 

Kuliah maghrib yang telah disampaikan dari kitab Anak Kunci Syurga iaitu sambungan dari pengajian Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 23 Julai 2011 yang lepas. Pada awal kuliah, beliau menegaskan bahawa kalimah tauhid yang besar fadhilatnya dan zikir yang paling hebat adalah kalimah La ilaha illALLAH.

Pada pertengahan kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus telah meluangkan masa selama 45 minit bagi menjawab soalan-soalan yang diajukan para jemaah berkaitan agama Islam. Pengajian tamat kira-kira jam 9.25 malam bagi menunaikan solat Isyak berjemaah.

 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah